fbpx

“Cuma Lelaki Yang Lemah Je Takut Pada Wanita Bijak”

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kenyataan oleh Prof Dr Muhaya Mohamad berkaitan wanita perlu nampak ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk memikat lelaki.

Kenyataannya itu mengundang kemarahan ramai netizen serta disifatkan seolah merendahkan wanita. Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Ben Amir yang mengatakan lelaki lemah sahaja yang takut dengan wanita bijak.

BACA: “Saya Nak Cari Wanita Yang Boleh Ketepikan Ego”

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Ben berkata dia juga tertarik dengan wanita yang bijak dan kuat. Ujarnya, wanita bersikap sedemikian menyokongnya untuk menjadi lebih baik.

Turut berkongsikan petikan video Prof Muhaya, Ben turut memberi kata-kata semangat kepada kaum wanita di luar sana untuk terus mengejar impian dan cita-cita mereka.

Perkongsian Ben itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong kenyataannya itu. Malah, ada yang berseloroh mahu mengajak pelakon itu berkahwin.