Selepas beberapa hari hangat diperkatakan mengenai pelbagai tohmahan dilemparkan mengenai misi kemanusiaan di Gaza, semalam pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew mengadakan sesi live menjawab segala tuduhan terhadapnya.

Tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan, menerusi satu perkongsian terbaru Ebit memuat naik kenyataan memaafkan semua pihak yang memfitnah dirinya serta menyakiti keluarga dan arwah bapanya.

BACA: Kenapa Block Caprice? Ebit Lew Jawab Ada Kaitan Arwah Bapa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi,bodoh, penunggang, dan lain-lain.

“Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya,bidadari saya, dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Ebit turut memohon maaf kepada semua pihak baik secara langsung atau tidak langsung. Enggan memanjagkan permasalahan tersebut, Ebit berkata tiada siapa yang beruntung jika perselisihan faham itu diteruskan.

“Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ye pada semua.

“Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan. Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya yer,” katanya.