fbpx

Aduh, boleh tahan penat juga harini ya asyik baca kisah Nabila Razali. Benda sudah pun lepas, Anugerah Juara Lagu (AJL35) pun pilih Gila jadi pemenang anugerah, kita mahu kecoh apa lagi kan?

Memang tidak dapat dinafikan, boleh kata setiap kali AJL berlangsung mesti ada saja perkara yang akan menjadi buah mulut netizen dan pada kali ini, Nabila pula jadi mangsa kritikan.

Bila cakap soal menyanyi ini, ia sebenarnya bukan suatu karier yang mudah. Latihan demi latihan, diet dan macam-macam lagi perlu dijaga.

Itu baru buka bab pasal menyanyi, belum lagi cerita pasal baju yang digayakan selebriti pada malam anugerah tersebut, mesti penat gosok,kan?

Tapi bila cakap bab mudah dan penat ini, teringat betul pesanan penaja AJL, iaitu Sabella sebab mereka sekarang tengah buat Peraduan Menang Sejuta Bella – ada umum macam-macam hadiah untuk dimenangi.

Lagi tak masuk akal, jumlah keseluruhan hadiah yang mereka sediakan adalah RM1 juta!

Cuba anda bayangkan, dengan jumlah RM1 juta itu, ada hadiah harian, bulanan dan paling gempak sekali adalah untuk pemenang Finale Sejuta Sabella.

Tapi jangan lambat dan bertangguh ya, sebab peraduan ini telah pun bermula semalam (14 Mac) dan bakal berakhir pada 31 Julai nanti.

Mari kami kongsikan senarai hadiah yang mereka sediakan untuk anda semua.

Hadiah Harian

RM500 sehari disediakan untuk 420 pemenang bertuah

Hadiah Bulanan:

Hadiah Pertama: Pakej Umrah untuk 2 orang bernilai RM 30,000 x 5 pemenang
Hadiah Kedua: Vespa Primavera x 5 pemenang
Hadiah Ketiga: Wang tunai RM 10,000 x 5 pemenang
Hadiah Keempat: Yamaha 150ZR x 5 pemenang
Hadiah Kelima: iPhone 12 Pro x 10 pemenang
Hadiah Keenam: Smart Tv 65’’ x 10 pemenang
Hadiah Ketujuh: iPad Air x 10 pemenang

Pemenang Finale Sejuta Sabella!

Pemenang finale ini special sikit, ia terhad kepada 6 pemenang sahaja.

Hadiah Pertama: Wang Tunai RM 100,000 x 1 pemenang
Hadiah Kedua: Proton X50 x 1 pemenang
Hadiah Ketiga: Proton Iriz x 1 pemenang
Hadiah Keempat: Pakej Melancong Ke Korea Selatan x 2 pemenang
Hadiah Kelima: Barang Kemas bernilai RM 8,000 x 1 pemenang

Gila,kan hadiah mereka, ada dapat wang tunai, ada dapat kereta, ada dapat melancong dan agaknya siapalah dapat hadiah barang kemas bernilai RM8,000 itu.

Ha, nak sertai pertandingan ini pun senang sangat dan ini cara-caranya:

1. Download aplikasi Sabella di Android atau pun App Store

2. Beli apa-apa produk Sabella melalui aplikasi tersebut (minimum RM100) dan 3 pemenang harian wang tunai bernilai RM 500 akan diumumkan keesokan harinya bersama-sama rekaan harian terbaru Sabella

3. Peraduan Menang Sejuta Sabella ini hanya sah melalui pembelian di dalam aplikasi Sabella saja

Senang saja,kan? Tapi kami dapat satu tips mudah untuk anda menang hadiah yang ditawarkan ini iaitu makin banyak dan kerap anda beli produk Sabella, makin tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah.

Benda tak payah gosok, buat apa nak gosok,kan? Tapi kalau berpeluang menang hadiah-hadiah ini syok jugak. Hari-hari boleh gosok duit.

Untuk maklumat lanjut boleh layari web www.sabella.com.my.