Cukup Empat Anak, Adira Nak Tutup Kilang
Kini sedang sarat hamil tujuh bulan, penyanyi Adira Suhaimi berkata dia mahu ‘tutup kilang’ selepas melahirkan cahaya mata keempatnya itu.
Memetik BH Online, Adira yang dijangka melahirkan bayinya itu hujung September atau Oktober depan itu berkata dia merasakan cukup jika dikurniakan dua pasang cahaya mata.
BACA: Ibu Madu Meninggal Dunia, Adira Setia Teman Hingga Ke Kubur
“Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami tak kisah dengan keputusan saya.Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin.
“Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab. Apapun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat akan dipermudahkan.
“Sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah..Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya,” katanya.
Menurut Adira, dia meluahkan rasa syukur kehamilan keempatnya itu tidak terlalu memenatnya serta tidak berdepan dengan alahan.
“Saya tidak alami alahan. Berilah makan apa sahaja, semuanya saya telan. Walaupun berehat dalam arena seni, namun, saya tetap aktif memuat naik pelbagai hantaran dalam Instagram (IG). Kali ini, saya aktif dan agak lasak,” katanya.
Dalam pada itu, Adira belum bersedia untuk mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan itu kepada umum.
“Sekarang, saya sudah memiliki dua heroin dan seorang hero. Jika diizinkan, saya inginkan anak lelaki lagi, jadi adalah dua pasang cahaya mata. Namun, apapun pemberian Allah, saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” katanya.
Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
- SUMBER
- BH Online
Laaaaa…anak dia dh nak masuk 4 ke????????
Laki aku setia pun aku x sanggup nk beranak sampai 4. Cukup la sepasang anak. Zaman skrg mencabar dari segi nk membesarkan anak n nak predict apa laki akan buat in future. Bagi aku pompuan zaman skrg x payah beranak byk2 sbb susah nk move on kalau anything happen. Cukup la kekal jd hot mommy gojes with 2 kids. Kalau reramai mula la fikir dah x hot la, xde org nak la. Laki pun suka hati nak buat apa. Sekian pesanan buat ladies sekalian.
Buat camana? Pakai gam chap gajah superglue ka? Atau bubuh simen. HAHAHA!
Tapi sayang dapat laki kaki temberang …nampak kaya guna duit orang…jual tanah lot lepas tu lepas tangan..hidup maki sumpah orang takkan senang dunia akhirat…hurmmmmm
Tapi sayang dapat laki kaki temberang…tipu duit orang jual tanah lot lepas tu lepas tangan..takkan senang hidup dunia dan akhirat..hurmmm