fbpx

Cukup Aaisyah Sahaja, Che Ta & Zain Saidin Tak Nak Tambah Anak Lagi

Sudah berapa tahun bersanding, pelakon jelita Rozita Che Wan teruja ulang tahun perkahwinannya yang kesembulan diraikan dalam majlis penuh gemilang.

Lebih manis, majlisnya yang menelan belanja lebih RM100,000 yang ditaja oleh rakan baiknya iaitu Anas Zahrin.

BACA: Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi, Dapat Tajaan RM100,000

“Awalnya kami hanya nak adakan majlis pelancaran produk inai keluaran saya tetapi tiba-tiba Anas cakap, alang-alang buat majlis malam berinai terus walaupun ulang tahun perkahwinan sebenar kami jatuh pada bulan Disember nanti!

“Majlis malam ini memang saya lepas tangan. Tak tahu pun atur cara program, saya ikut saja kata pengacara majlis,” katanya.

Anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana kini sudah berusia lapan tahun, Che Ta berkata dia dan Zai sepakat tidak mahu lagi menambah cahaya mata.

Zain berkata, kesibukan mereka menjadi salah satu sebab ditambah mahu memberi fokus terhadap Aaisyah yang semakin membesar.

“Aaisyah pun sudah berusia lapan tahun, tak perlulah (tambah anak). Saya pun sibuk nak tengok dia. Apa yang ada besarkanlah.

“Dia pun tak pernah bersuara minta diberikan seorang adik. Pernah juga tanya dia, katanya tak mahu. Sekarang dia lebih untuk mencari rakan sebaya,” katanya.

Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana. Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra daripada perkahwinan terdahulu.