fbpx

Cuci Mata Jom! Mood Raya Dah ‘On’ Di Empat Mall Ini Geng

Jika disebutkan bab shopping ni, geng wanita lah terutamanya yang happy sangat nak bershopping tu. Katanya terapi minda. Katanyer lah, haha. Tapi ada juga lelaki yang kaki shopping ni. Tak kisahlah barang mewah ke barang murah ke, asal dompet tu ‘gemuk’ semua onz! Ye dak? Haa anda jangan tak tahu pula.

via GIPHY

Kita pula sekarang ni dah pun memasuki bulan Ramadan, kami pasti otak anda tu dah mula berfikir nak pergi shopping baju raya dan juga kelengkapan Raya lain kan? Walaupun baru jer beberapa hari puasa, kita kena awal gais barulah tak kalut! Ahaks.

Dekorasi Menarik Di Sunway Malls

Tak ketinggalan, kami pasti Mall di Malaysia ni dah mula membuat dekorasi Raya. Setiap tahun pasti excited nak tengok tema yang mall di negara kita ni buat kan?

Idea-idea dorang memang fresh betul. Macam empat mall dari kumpulan Sunways ni jugalah. Betul-betul menarik perhatian kami. Tip top geng! Perhiasan dan dekorasi dorang ni memang win sangat. Kalau singgah sini, rasanya penuh dengan gambar OOTD anda jer dalam telefon tu. Haha.

Bukan setakat itu jer, Sunway Malls juga lah antara mall yang awal dibuka untuk anda shopping Raya! Semua kelengkapan Raya dorang dah sediakan weh. Tak payah pening kepala dah nak cari kelengkapan Raya anda tu. Barulah bersemangat sikit nak pergi shopping Raya!

Bertemakan Cahaya Raya

Keempat-empat mall ini masing-masing memilih dekorasi bertemakan Cahaya Raya. Sumpah meriah habis!

Sunway Putra

Sunway Pyramid

Tema ini diilhamkan daripada tradisi tujuh likur iaitu memasang pelita pada 10 malam terakhir Ramadan, lebih-lebih lagi pada 27 Ramadan. Kemeriahan ini akan diteruskan sehingga habis perayaan bagi mendapat keberkatan dan rahmat kepada umat Islam dan seluruh bangsa.

Sunway Velocity

Untuk info anda, struktur dan bahagian tengah dekorasi ini dimanifestasikan dengan konsep corak geometri dan reka bentuk Arabesque, yang mewakili panduan dan kepelbagaian untuk menunjukkan perayaan tradisional dalam nada dan cara kontemporari.

Sunway Giza

Selain itu, penggunaan kreatif warna dan pencahayaan yang menawan pun ada tau. Anda nak tengok tak apa dekorasi Raya mall dari keempat-empat mall yang gempak ni? Jom semak!

1. Sunway Pyramid

Terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Merupakan pusat membeli-belah kedua terbesar di Malaysia. Sunway Pyramid ni kelihatan unik sebab seni binanya bercirikan bangunan dekat Mesir. Nama pun Piramid gais so feeling kat Mesir la yer.

Sempena kita bakal menyambut Raya ni, mereka telah menghias mall dengan menggunakan struktur Chamber of Lights. Apa yang paling gempak, lampunya akan menyala dan bertukar warna apabila menggerakkan tangan anda. Muzik pun boleh dimainkan tau bila anda gerakkan tangan tu. Wow! Sangat menarik yer.

Bukan tu jer, kerjasama bersama Early Autism Project (EAP) pun ada dengan menjual barangan mereka di ruang legar Cahaya Raya di mall ni nanti. Anda boleh lah support mereka dengan membeli barangan hasil kreatif golongan autisme ini.

Kalau anda nak tahu keuntungan daripada jualan ini nanti akan dikembalikan untuk menyokong usaha mereka dalam menyebarkan kesedaran dan penerimaan tentang individu autisme.

Bagus gais projek macam ni, sambil-sambil anda shopping Raya dapat juga menderma disamping ambil tahu tentang autisme. Anda boleh lihat antara barangan yang ada dijual di Sunway Pyramid di LINK INI.

Oh ya, anda juga boleh tebus hadiah menarik di sini. Syaratnya:

1. Belanja RM300* (RM200 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam 2 resit untuk menebus SATU (1) Set Paket Raya Shine & Reflect; ATAU
2. Belanja RM800* (RM700 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam 2 resit untuk menebus SATU (1) Set Paket Raya Shine & Reflect & Set Jag Berlian; ATAU
3. Belanja RM3,500* (RM3,400 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam 4 resit untuk menebus SATU (1) Set Paket Raya Shine & Reflect & Set Kutleri Premium

2. Sunway Velocity Mall

Sunway Velocity Mall ialah sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur. Pusat beli-belah ini adalah bangunan 7 tingkat. Memang kami love betul kalau masuk mall ni. Semua ada tau.

Dekorasi yang mereka buat pula adalah struktur kubah. Lepastu ada sebuah laluan pejalan kaki di mana lantai akan menyala apabila anda melangkah di atasnya. Fuh, gempak!

Selain itu, mereka juga akan bekerjasama dengan https://www.facebook.com/pokokonbyjc/ bagi menjual barangan seni dan kraf buatan kanak-kanak autisme.

Persembahan dan pertandingan menarik pun yang ada di sini tau gais. Antaranya mencanting batik, persembahan kuda kepang, menganyam ketupat dan banyak lagi! Boleh tekan link DI SINI kalau anda nak tengok senarai program yang ada.

Anda juga boleh tebus hadiah menarik di sini. Syaratnya:

1. Belanja RM200* dalam dua resit untuk tebus Paket Raya yang sangat shiny dan ada refleksi mall Sunway Pyramid, Putra dan Velocity.
2. Belanja RM600/RM500* dalam tiga resit untuk tebus beg Jute Autisme Art Design.
3. Belanja RM1,200/RM1,100* dalam lima resit untuk tebus Set Nordic Glass Mug (2 mug/set).

3. Sunway Putra Mall

Sunway Putra Mall ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di sepanjang Jalan Putra di Kuala Lumpur. Untuk tahun ini, dekorasi Raya yang mereka lakukan adalah struktur bintang. Ada terowong tau. Bila anda masuk jer, lampu akan menyala! Wah, curlas sangat ni. Memang patut OOTD di sini, hehe.

Persatuan ini turut membantu menyumbang kepada komuniti Autisme dengan menjual barangan buatan tangan dan makanan Vendor yang autistik ialah NASOM, LukmanHakimMarts, NakseniDotCom, Yuriazzari.art pada 1 April dan 2 April sahaja!

Di sini pun ada persembahan menarik untuk anda enjoy nanti. Antaranya workshop Wayang kulit, muzikal Raya malam Tujuh likur, Tarian Melaka dan banyak lagi. Check DI SINI.

Anda juga boleh tebus hadiah menarik di sini. Syaratnya:

1. Belanja RM250/RM200* dalam dua resit untuk tebus Paket Raya yang sangat shiny dan ada refleksi mall Sunway Pyramid, Putra dan Velocity.
2. Belanja RM550/RM500* dalam dua resit untuk tebus serving tray with Gold Color Handle.
3. Belanja RM1,500/RM1,300* dalam lima resit untuk tebus Cutlery Holder with Gold Iron Frame & Cutleries.

4. Sunway Giza Mall

Kalau anda tengok pemandangan Cahaya Raya di Sunway Giza Mallini pasti anda akan teruja! Mereka menampilkan taman mini dengan lampu neon berwarna-warni dan kehijauan di Centre Boulevard dari 28 Mac hingga 12 Mei 2023 ini. Wow, meriahnya!

Anda juga boleh menikmati bazar hujung minggu, Raya Clothing Bazaar yang dibuka setiap Jumaat hingga Ahad untuk membeli-belah segala baju Raya, aksesori dan juga barangan kraf terkini. Cuci mata habis geng! Hehe.

Pi Jangan Tak Pi!

List mall pun kami dah berikan, jadi lepasni jangan tunggu lama-lama tau. Pergi ajak mak, ayah, adik, kakak, abang anda tu shopping Raya. Satu lagi jangan lupa pulak ambil gambar sebagai kenangan di tempat dekorasi yang kami beritahu anda tadi tu. Pasti letops!

Di Sunway Malls ini pasti menyediakan pengalaman yang unik buat anda yang ingin mengamati keistimewaan sambutan Ramadan dan Raya. Baru lah semangat sikit! Boleh tekan LINK INI untuk info lanjut!

Okay gais, happy shopping dan selamat berpuasa!