fbpx

“Cuba Elak Sentuh, Bukan Tak Akan Sentuh Langsung”

Drama lakonannya kini menjadi bualan ramai, namun ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dengan babak bersentuhan yang dilakonkan oleh Fikry Ibrahim.

Sebelum ini ramai yang memuji prinsipnya yang tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita. Bagaimanapun, Fikry menjelaskan kenyataannya itu telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

BACA: Kata Enggan Sentuh Pelakon Wanita, Fikry Ibrahim Mungkir Janji?

“Sebenarnya, kenyataan saya sebelum ini telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Saya hanya katakan saya akan cuba elak menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran, ia tidak bererti saya tak akan menyentuh langsung,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fikry berkata dia menerima segala pendapat dan teguran secara terbuka malah apa yang berlaku itu dijadikan sebagai iktibar.

“Namun begitu, saya terima segala pendapat dan teguran orang ramai dengan hati yang terbuka, dapat juga dijadikan iktibar buat saya di masa akan datang,” katanya.

Fikry pun dah jelaskan kenyataannya sebelum ini. Kalau ikutkan bukan mudah untuk menjaga batas apabila bergelar artis lebih-lebih lagi sebagai pelakon. Atau mungkin Fikry sekadar memenuhi permintaan pengarah.