fbpx

Cover Lagu Lestari, Raffa Affar Dikecam Penyanyi Asal

Sebut saja nama Raffa Affar, sememangnya ramai mengenali penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagi Cinta Sampai Mati yang menjadi siulan ramai di media sosial.

Bagaimanapun, baru-baru ini penyanyi itu dikecam selepas nyanyiannya dikritik sumbang ketika menyanyikan lagi Tiara di sebuah acara konsert.

BACA: Nyanyi Lagu ‘Tiara’ Suara Ke Laut, Penyanyi Indonesia Ini Dikecam

Terbaru, Raffa muncul dengan lagu cover terbaru menyanyikan semula lagu Airmata Di Hari Persandinganmu nyanyian asal kumpulan Lestari.

Seperti sudah dijangka, nyanyian Raffa itu mendapat kritikan ramai termasuk penyanyi asal itu sendiri yang turut meninggalkan komen menggunakan akaun Wan Lejen di Facebook Malaysian Modders.

Menjengah di ruangan komen di YouTube, rata-rata pengikutnya memuji suara Raffa yang merdu. Malah, ada yang meminta penyanyi itu untuk membuat lebih banyak lagu cover. Baru sahaja lapan hari dilancarkan, lagu cover tersebut sudah mendapat sebanyak 1 juta tontonan.