fbpx

Costume Superhero Mana Yang Menjadi Kegilaan Anda?

Gambar oleh: MalayMail

Bagi yang gemar menonton filem superhero keluaran Marvel Cinematic Universe (MCU) pasti akan jatuh cinta dengan setiap jalan cerita yang ditayangkan dan tidak ketinggalan costume superhero juga mendapat perhatian dari peminat setia Marvel.

Jika diimbas kembali, lebih daripada 21 filem MCU telah dihasilkan oleh Marvel Studio bermula dari kemunculan filem The Iron Man pada tahun 2008.

Boleh dikatakan hampir kesemua costume yang dikenakan oleh supehero kegilaan ramai ini menjadi tema majlis keramaian seperti sambutan hari lahir. Tambah menarik lagi apabila setiap costume yang digayakan mempunyai ciri dan reka bentuk yang unik. Kalau tak percaya jom lihat 5 costume yang kami kongsikan ini.

1. Costume Spider-Man Mempunyai Peminat Paling Ramai

Gambar oleh: Business Insider

Costume yang paling senang dimilik dan boleh dikatakan senang untuk digayakan ke mana sahaja sudah pastinya costume Spider-Man.

Costume ini memiliki peminatnya tersendiri dan jangan tak tahu peminat cilik adalah insan paling teruja sekiranya mereka melihat seseorang mengayakan costume Spider-Man ini.

2. Berangan-angan Seperti Iron Man

Gambar oleh: google

Jangan tak tahu, bukan sahaja jalan cerita keluaran Marvel mendapat tempat di hati penonton. Costumenya juga bagaikan ada cinta sejati buat peminat tegar filem superhero ini.

Selain costume Spider-Man, costume Iron Man yang mempunyai gabungan warna merah dan gold ini juga mendapat perhatian ramai, apabila anda diantara peminat filem Marvel mengayakan costume ini di hari bersejarah mereka. Memang rare bila superhero jadi pengantin!

3. Captain America Adiwira Terhebat

Gambar oleh: Creativecostumes

Jika anda peminat costume Captain America pastinya anda seorang yang berjiwa patriotik. Mana tidaknya hampir keseluruhan costume Captain America menekankan tema patriotik dengan warna, bintang dan jalur bendera Amerika.

Gambar oleh: Halloween Costumes

Jangan tak tahu, setiap tahun, costume Captain America ini akan bertukar-tukar. Yang paling lain dari lain adalah ketika Captain America menjadi ‘Nomad’ pada tahun 1974. Jadi tak hairanlah jika ada yang mengayakan pelbagai costume Captain America yang mengadakan banyak evolusi costume.

4. Costume Black Panther Yang Elegen

Gambar oleh: syfywire

Sebut sahaja mengenai filem Black Panther, pasti anda terbayang costume yang elegen dengan sentuhan warna hitam pekat bukan? Ramai yang sanggup habiskan ratusan ringgit untuk dapatkan costume yang hampir sama seperti di dalam filem.

Jika anda dapat lihat, dalam banyak-banyak filem Marvel yang ditayangkan, filem Black Panther ini mengangkat budaya Afrika dan kerajaan Wakanda sekaligus memaparkan pelbagai costume yang dikenakan oleh para pelakon dari motif African tribal hingga costume futuristic. Sangat unik dan setiap costume yang digayakan memberi maksud yang berlainan.

5. Gagah Bak Thor Di Khalayak Ramai

Gambar oleh: Deviantart

Costume Thor juga boleh dikatakan sebagai costume adiwira yang paling gagah. Bagi anda yang ingin kelihatan bak Thor yang sebenar anda haruslah mempunyai sosok tubuh bak Thor barulah tip top pengayaan anda.

Amacam? Menarikkan kesemua costume supehero pujaan ramai ini dan pastinya anda ingin ulang semula untuk menonton filem Avengers kan. Macam mana?

Bagaimana Cara Nak Layan Filem Marvel Ni?

Hanya layari saluran Astro Best (Saluran 481), pilih dan langgan. Ataupun langgan menerusi Astro PVR bersambung anda melalui On Demand Store.

Bukan itu sahaja, koleksi filem Marvel ini lengkap dengan pakej ‘bundle’ yang berharga antara RM6 hingga RM19.90 jer.

Jadi apa tunggu lagi, jom saksikan The Avengers: Endgame dan 20 filem blokbuster Marvel yang lain di Astro Best (Saluran 481) dan On Demand sekarang sambil tu bolehlah tengok kostum yang epik tu!