fbpx

Kalau sebut bab Raya jer, mesti anda teruja kan? Ye lah nak buat persiapan Raya tu bukan ambil masa sehari dua jer. Kuih raya nak kena beli, baju Raya lagi, menu Raya pun kena ambil tahu juga. Tak tahu nak masak apa lagi tu. Uish, memang busy sungguh.

Tapi rileks lah gais, semua benda kita boleh settlekan. Kalau bab shopping ni anda pergi je ke KL East Mall. Tak payah susah-susah dah nak cari baju raya ke apa. Semua ada di sana.

Banyak Jenama Terkenal Ada Di Raya Booths

Mereka ada buat Raya Booths di sana tau. Meriah hangpa weh. Banyak juga jenama-jenama yang terkenal ada di situ. Antaranya Habib, dUCk, LILIT, Wirdora, Fana Couture, Icahfa, Qaira Hijab, Telekung TEA, Matase Sutera, Aira Kamilia, Hers by Bintwahab, Bokitta, Tomei dan banyak lagi!

Anda terjah jer di sana nanti okay! Bukan itu jer gais, anda nak tahu tak apa yang paling menarik di sana? Diorang punya dekorasi raya!

KL East Mall ni telah menghias indah atrium dengan bunga anggerik gergasi serta dekorasi batik dan anyaman tradisional.

Sampai jer situ nanti, anda boleh terus jer melangkah ke ruangan pentas hadapan untuk bergambar dengan anggerik gergasi yang cantik tu. Tak pun anda boleh melihat pemandangan taman anggerik dari gazebo tradisional yang disediakan di situ.

Serupa duduk di kampung halaman dah weh. Yang mana tak boleh nak balik kampung tu, pergilah jenguk di KL East Mall tu, terubat juga lah kerinduan di kampung tu.

Sambil-sambil anda bershopping, boleh juga OOTD jer di situ. Hantar gambar anda tu dekat mak ayah di kampung. At least terubat juga rindu diorang dekat anda. Jangan sedih-sedih tau.

Ada Penebusan Hadiah Lagi!

Anda nak tahu tak, sambil-sambil anda bershopping tu, ada penebusan hadiah Raya lagi untuk anda. Ada Sampul Raya dan pinggan Premium disediakan untuk anda.

Sampul Raya 

Pinggan Premium

Anda boleh menebus barangan* seperti kami beritahu di atas ni apabila anda membelanjakan RM60 ke atas dalam satu resit dan pinggan premium bagi perbelanjaan minimum RM200 tidak lebih dua resit.
*Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ada lagi….anda juga berpeluang dapat inisiatif CSR daripada Habib dan Tote Bag Eksklusif yang direka oleh Datuk Chef Wan dan Fiziwoo. Macam mana nak dapat semua ni? Haa..yangni anda kena baca sampai habis artikel ni. Kami akan terangkan kat bawah nanti okay.

Memang tak rugi pun kalau anda datang ke sini. Betul-betul berbaloi!

Port ‘Ramadan Dinner’ Khas Untuk Anda

Dah sibuk bershopping, sempat ke nak balik masak berbuka pula? No hal lah geng. Di situ juga ada port untuk anda berbuka puasa. ‘Ramadan dinner’ gituh.

Banyak kafe yang sedap-sedap ada di situ tau. Antaranya Café Chef Wan, Serai, Ole-Ole Bali, Calia, Naj & Belle, Kimukatsu dan banyak lagi. So takde lah anda rushing-rushing nanti semasa bershopping. Amacam, padu kan?

Anda pilih jer nak makan menu apa, semuanya dah ada di situ. Mudahkan kerja betul.

Anda Kena Masuk Peraduan Ini Kalau Nak Gelang Pandora!

Okay, kalini KL East Mall nak kasi anda hadiah pula. Mudah sangat nak masuk peraduan ini. Online jer gais, anda boleh menang hadiah gelang Pandora (Pandora Moments Silver Clasp Bracelet) bernilai lebih RM1,860.

Yang penting anda FOLLOW dan LIKE Facebook dan juga Instagram KL East Mall dan join online contest tu okay!

Mudah kan? Bila lagi nak merasa pakai gelang Pandora tu? Inilah masanya…Moga ada rezeki untuk anda.

KL East Mall Semarakkan Bulan Ramadan Untuk Kanak-kanak Autisme

Untuk info anda, KL East Mall oleh Sime Darby Property ini turut mengambil inisiatif untuk membantu dan menyumbang kepada Yayasan Pendidikan Insani melalui kempen Hari Raya Aidilfitri pertamanya.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Dato’ Azmir Merican (kanan)

INSANI adalah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan penjagaan pencegahan awal, terapi serta pendidikan kepada 50 orang kanak-kanak autism yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

KL East Mall dah pun memulakan kempen Indahnya Syawal Kemeriahan Dirai ini bermula pada 9 April. Mereka menyasarkan kutipan minima RM50,000 untuk kanak-kanak dan keluarga di bawah yayasan tersebut.

Kalau anda nak tahu, mulai sekarang sehingga 16 Mei, anda dapat bersama menyokong usaha ini dengan menyumbangkan minimum RM10 dan berpeluang untuk mewarna kepingan suai gambar daripada sebuah karya seni yang besar yang akan dihadiahkan kepada Yayasan.

Anda juga boleh menyumbang sebanyak minimum RM35 dan menerima beg tote eksklusif yang direka oleh jenama fesyen Malaysia, Fiziwoo dengan kerjasama chef terkenal, Datuk Chef Wan. Inilah yang kami sebutkan di atas tadi. Betul awesome kan?

Dato’ Sri Meer Habib (kanan)

Selain itu, Habib yang secara rasminya telah membuka cawangannya di KL East Mall hari ini turut berjanji untuk menyumbang 100% hasil jualan 300 kepingan emas tulen edisi terhad yang bernilai RM118 setiap satu kepada INSANI. Pergh gila padu!

Datuk Chef Wan (kanan)

Datuk Chef Wan dan Fiziwoo pun tidak terkecuali juga untuk memberikan sumbangan mereka kepada INSANI sebagai pemulaan inisiatif amal ini.

Fiziwoo (kanan)

Seperti yang Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Dato’ Azmir Merican berkata, “Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) melaporkan kira-kira 9,000 kanak-kanak dilahirkan dengan autisme pada setiap tahun di Malaysia.”

Jumlah ini sangat tinggi, tapi itulah kesedaran mengenai perkara ini masih rendah.

Autisme merupakan salah satu gangguan perkembangan kanak-kanak yang paling cepat berkembang dan mesti suarakan di platform yang lebih luas.

“Kesedaran mengenai autism dapat ditingkatkan semudah membincangkan perihalnya. Sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab, Sime Darby Property mengambil peranan aktif dalam menganjurkan beberapa inisiatif berkaitan dengan usaha ini.

Okay gais, untuk dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti di KL East Mall ini, boleh klik link di bawah yer.

Website: LINK INI
Facebook: LINK INI
Instagram: LINK INI
Aplikasi mobil KL East Mall (tersedia untuk dimuat turun melalui App Store dan Google Play)