fbpx

Umum mengetahui sejak beberapa hari hangat diperkatakan mengenai isu pembatalan konsert band antarabangsa Coldplay yang bakal berlansung malam ini di Stadium Bukit Jalil.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Elfira Loy yang mempersoalkan mengapa ianya tidak dibincangkan sebelum jualan tiket.

BACA: Elfira Loy Rindu Nak Solat Dengan Khusyuk

Malah, Elfira turut mempersoalkan adakah ianya ‘free marketing; kepada konsert luar negara yang diadakan di Malaysia.

“Sorry okay. I tak pastilah kenapa perkara ini tak dibincangkan masa sebelum jualan tiket.. Kenapa mesti beberapa hari sebelum konsert?

“Adakah ini free marketing untuk setiap konsert luar datang Malaysia? sebab honestly saya tak ingat pun esok Coldplay datang Malaysia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elfira turut meluahkan rasa kesal kerana pasti akan ada netizen yang mengkritik mereka yang pergi ke konsert berkenaan. Sementara itu, Elfira turut dia menulis tanda pagar bahawa dia tidak pergi ke konsert berkenaan.

“Lepastu esok confirm rakyat Malaysia sibuk nak tengok Instagram (IG) siapa pergi pastu nak troll nak condem. Yihhh benci tau #sayatakpergi,” tulisnya.

Terdahulu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah juga menasihatkan agar konsert Coldplay tidak diteruskan kerana dianggap melalaikan dan tidak memberikan manfaat kepada masyarakat Malaysia.