fbpx

Comic Fiesta 2018 Kembali? Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Tiket!

Comic Fiesta atau lebih dikenali sebagai CF, adalah satu konvensyen terbesar di Malaysia yang memberi tumpuan kepada anime, comic and gaming – ACG.

Konvensyen kegilaan ramai ini bertujuan untuk meraikan semua aspek seni dan kreativiti dan tidak lupa juga skill gaming.

Sempena Comic Fiesta 2018 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 22 dan 23 Disember ini, kami yakin ramai yang berpusu-pusu untuk terjah fiesta yang super duper meriah ini.

Masa ini mulalah pening dengan keadaan sekeliling untuk membeli tiket masuk ke Comic Fiesta 2018. Anda pasti boleh membayangkan bagaimana keadaan orang ramai yang berebut untuk dapatkan tiket.

Jangan risau kali ini kami akan menyelamatkan diri anda daripada keadaan yang crowded semasa mendapatkan tiket ke Comic Fiesta 2018. Nak tahu bagaimana?

Mudah sahaja caranya, bagi pengguna Digi, anda hanya perlu muat turut MyDigi App di telefon bimbit anda dan kemudian terus klik pantauan yang terpapar tulisan MyDigiRewards dan terus klik Express Lane .

Di sini anda boleh membeli pas Digi Express Lane yang berharga RM0.99 melalui aplikasi MyDigi untuk membeli tiket masuk Comic Fiesta 2018.

Dengan ini, anda tak perlu beratur panjang-panjang! Tapi jangan lupa ke kaunter tiket Digi tau!

Tapi kepada bukan pengguna telekomunikasi Digi anda haruslah sabar untuk beratur panjang dan berebut untuk dapatkan tiket.

Bukan sahaja, dapat express lane dengan MyDigi App ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik di booth Digi yang boleh menghiburkan anda.

Antara aktiviti menarik yang diadakan di booth Digi adalah anime busker, penampilan cosplayer seperti Marvel, DC, dan Overwatch, perlawanan video game MLBB,pameran foto 180 darjah yang membolehkan anda untuk bergambar dan berpeluang memenangi iPhone Xs Max terbaru!

Menariknya lagi di booth Digi, siap ada perlawanan mini PUBG dimana pemenang akan membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 setiap hari). Menarik bukan?

Terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik di booth Digi. Nak tahu kenalah terjah sendiri baru best.

Menarik mengenai MyDigi App ini anda boleh tebus e-voucher anda dengan MyDigiRewards. Pelbagai barangan anda akan dapat dengan harga yang murah.

Antaranya, Rotiboy dengan harga RM1.99, minuman Starbuck yang mengandungi campuran frappuccino dengan hanya harga RM9.99 sahaja dan banyak lagi diskaun yang anda akan dapat dengan MyDigiRewards.

Bagi pengguna Digi, anda bolehlah mula mengguna MyDigiRewards ini sekarang untuk mendapat harga durian runtuh semasa cuti sekolah ini.

Jadi kepada kaki-kaki komik rebutlah peluang ini dengan secepat mungkin. Bukan senang tau nak potong queue macam tu saja.