Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mendakwa anak angkatnya Musa mengalami trauma selepas dibawa keluar rumah tanpa kebenarannya selama lebih tiga minggu.
Memetik BH Online, Nina berkata Musa trauma kerana tercari-cari ibunya selepas dipercayai diambil oleh bekas suaminya, Noh Salleh.
BACA: Mizz Nina Ibu Angkat Musa Yang Sah
“Bayangkan budak sekecil dibawa keluar dari rumahnya. Dia trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan dan jiran yang memang rapat dengannya.
“Musa trauma sebab tercari-cari emaknya, tapi tak boleh nak jumpa. Dia mengalami ketakutan yang amat sangat dan begitu juga saya, sangat risaukan Musa,” katanya.
Menurut Nina, ketika dibawa pulang Musa berada dalam keadaan tidak sihat dan dia ada membawa anak angkatnya itu berjumpa dengan pakar psikiatri.
“Ketika Musa pulang ke rumah, dia mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah, kukunya panjang dan kotor.
“Saya dan suami segera bawa Musa berjumpa dengan beberapa doktor dan pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan fizikal dan mentalnya,” katanya.