fbpx

Kejapnya masa berlalu, dah nak habis bulan 8. Pejam celik pejam celik kita dah pun hampir kepada penghujung tahun 2020. Cepatnya masa berlalu kan? Cuba pikir kejap, apa jer memori anda untuk tahun 2020 ni?

Anda nak tak kami nak ajak anda tambah memori terindah dengan kami?

Okay sempena bulan kemerdekaan dan kita pun tak lama lagi nak menyambut Hari Merdeka, kami nak ajak anda beramai-ramai cipta memori terindah di realme 828 Fan Festival yang bertempat di realme Design Studio, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Yup! Festival ini akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula 28 Ogos ini hingga 30 Ogos. Kami dah excited nak pergi meriahkan festival tu! Dengar kata, ramai artis turun. Antaranya IamNEETA, Sufian Suhaimi, Bunga dan ramai lagi.

realme Design Studio Fokus Anak Muda

Wait, kejap! Okay mungkin antara anda pertama kali dengar tentang realme Design Studio ni kan.

Sebenarnya realme secara rasminya telah melancarkan program ‘realme Trendsetters’ yang mana mereka ‘mengajak’ pereka Trendsetter, artis dan pereka fesyen di setiap kawasan untuk bersama-sama membuat alat Tech Trendsetter bersama. Wow! Menarik kan?


realme juga mewujudkan studio reka bentuk trend dalaman, realme Studio, untuk mengajak anda yang ‘master’ dalam industri untuk membuat reka bentuk telefon pintar dan membawa telefon pintar dan produk AIoT yang ‘fashionable’ dan menarik kepada pengguna. Sounds great right?


Bukan itu saja, realme juga mencipta ‘Smart Trendsetter Life’ untuk golongan muda dengan berintegrasi dengan 5G, AI, Pencitraan dan anda boleh rasai sendiri realme UI sebenar dengan keseronokan yang best giler.

Rasai Sendiri Pengalaman ‘Havoc’ Di Sini

Nak tahu apa yang lagi best pasal realme Design Studio ni? Reka bentuk dalamannya! Reka bentuk dan suasana dalaman yang muda dan bergaya yang akan menarik generasi muda untuk melepak atau berkunjung. Port baru untuk anda nak lepak lepas ni. Jangan lupa ajak kawan-kawan okay?

Gais! Ada lagi, kalau anda nak rasai pengalaman havoc di sini, anda juga dapat menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, menarik dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000. Perghhh….

Have Fun Dengan realme 828 Fan Festival

No wonder lah, realme Design Studio lokasi yang fun untuk realme 828 Fan Festival nanti. Ini adalah kali pertama realme menganjurkan festival khas untuk anda tau! Jadi, tak payah teragak-agak lagi nak pergi ke tak nak pergi. Sebab kami pasti festival ini akan menjadikan pengalaman yang anda tak boleh lupa.

realme 828 Fan Festival juga menyaksikan realme berkerjasama dengan pelbagai jenama popular seperti Laneige, Nene Chicken, BaWangChaJi, Sunway Lagoon, Eggette Lab, Nerdunit, Lazada, Shopee, Kydd (Replayink) dan banyak lagi.

Mark kalendar anda okay! realme 828 Fan Festival akan berlangsung pada 28 dan 29 Ogos (dari jam 11.30 pagi sehingga 10 malam) dan pada 30 Ogos dari 11.30 pagi sehingga 12 tengah malam sambil ‘counting’ untuk menyambut Hari Merdeka bersama-sama anda.


Pun begitu, anda perlu sentiasa terbiasa dengan norma baharu dan patuhi SOP yang perlu diikuti bagi menghalang virus Covid-19 ini daripada berpanjangan yer. Ingat, kita masih lagi belum menang! Make sure sentiasa pakai mask dan jaga kesihatan anda.

Anda boleh mendaftar di sini kalau anda nak dapatkan t-shirt free, realme X Nerd Unit T-shirt. Mereka akan berikan kepada 20 peminat bertuah kalau anda daftar sebelum tarikh 26 Ogos ini.

Maklumat lanjut mengenai realme 828 Fan Festival boleh diketahui di Facebook dan Instagram rasmi realme Malaysia atau anda boleh terus klik pada link ini.