fbpx

Cipta Ekspres 2012 Sasarkan 20 Lagu Baru Dalam Masa Empat Hari

Kami sebenarnya kagum dengan usaha Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) yang mempunyai inisiatif menganjurkan program sebegini.

Dalam bidang pembangunan web, acara sebegini boleh kami panggil hackathon tetapi selari dengan tujuan matlamat MACP, acara memecah idea ini di’panggil Cipta Ekspres 2012.

Bukan pertama kali di’adakan, program ini akan mengambil tempat di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan bermula 11 sehingga 14 Jun 2012.

“Seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Cipta Ekspres mempertemukan pencipta lagu & penulis lirik di’mana mereka akan digandingkan melalui undian.”

“Cara ini dilakukan supaya kedua-dua pengkarya ini tidak memilih, sebaliknya mereka dicabar supaya bekerja dengan sesiapa sahaja,” ujar Pengerusi MACP, Habsah Hassan.

“Cuma untuk Cipta Ekspres 2012 tahun ini, 10 komposer dan 10 penulis lirik yang terpilih serta menyatakan persetujuan, mereka perlu menyediakan sebuah karya dari rumah masing-masing dan setibanya di Port Dickson nanti mereka akan diundi untuk menentukan gandingan mereka.

“Melodi yang dibawa dari rumah itu akan diserahkan kepada pasangan penulis liriknya yang akan membuat lirik baru bagi melodi tersebut, manakala lirik yang sudah disiapkan lebih awal itu pula akan diberikan kepada komposer untuk mencipta melodi baru”

“Proses ini nampaknya lebih adil kerana kedua-dua mereka akan bekerja. Kerana sebelum ini, kami dapati ada komposer yang sudah menyiapkan beberapa melodi lebih awal dan yang bekerja hanyalah penulis lirik,” jelas Habsah Hassan berkaitan format baru Cipta Ekspress kali ini.

Di’jangkakan sebanyak 20 buah lagu baru dapat di’hasilkan sepanjang program ini berlangsung & pada malam kemuncak, semua’nya akan di’persembahkan kepada syarikat rakaman, individu perseorangan atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mempunyai lagu baru.

Mereka yang berminat untuk mencari lagu baru di Cipta Ekspres 2012, bolehlah menghubungi MACP di talian 03-62078638 untuk menghadiri malam kemuncak Cipta Ekspres 2012 di Port Dickson.

Selain penciptaan lagu dan lirik serta pembikinan muzik sepanjang 4 hari 3 malam itu, Cipta Ekspres mengadakan aktiviti sukan untuk peserta yang diketuai oleh penulis lirik prolifik negara, Ad Samad.