“Cinta Lokasi Itu Mengarut! Awak Tak Rasa Ke Maruah Awak Itu Murah?” – Nabila Huda
Pelakon berbakat besar, Nabila Huda berkata cinta lokasi untuk mendapat keserasian hingga terjerat dengan hubungan terlarang di set pengambaran disifatkan mengarut.
Memetik mStar Online, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata dia sudah lama dalam industri serta mengatakan tindakan tersebut hanya menjatuhkan maruah lebih-lebih lagi wanita.
BACA: “Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelacur?” – Nabila Huda Bengang Aktres ’Tersuka Suami Orang
“Cinta lokasi itu mengarut! Jangan pernah lakukan perkara itu. Awak akan jumpa pelbagai lagi pasangan lain (dalam drama). Nak berlakon dengan dia sekejap sahaja, selepas itu akan bertukar pasangan lain.
“Awak tak rasa ke maruah awak itu murah? Orang lelaki akan cakap apa kekurangan awak, apa yang awak dah buat. Saya dah lama dalam industri ini, saya ada ramai rakan lelaki dan saya tahu mereka cakap fasal perempuan. Tolong jaga maruah!,” katanya.
Menurut Abil lagi, tindakan tersebut hanya memakan diri sedangkan si lelaki akan tetap kembali ke pangkuan isteri kerana itu cinta pertama mereka.
Malah, Abil turut memberi nasihat kepada pendatang baru supaya tidak terfikir untuk melakukan perkara sedemikian kerana ia akan menghancurkan karier mereka.
“Kalau rasa benda itu salah jangan buat, buat mereka yang nak mencuba, tolong berhenti. Ia akan menghancurkan hidup awak… nanti awak pula akan patah hati dan kemurungan.
“Sebab lelaki itu milik orang lain, tak kiralah dia kata apa sekali pun, sebenarnya dia menipu sebab dia akan setia dan sayang isterinya kerana itu adalah cinta pertama mereka.
“Untuk lelaki, jangan salahkan perempuan, tak cukup dengan isteri di rumah yang cantik dan menjaga anak dekat rumah.
“Kenapa buka hati itu untuk perempuan lain? Tak baik, kan? Cuba bayangkan kalau isteri buat perkara sama, tentu rasa terluka,” katanya.
- SUMBER
- mstar Online
Terbaiklah abil?
Habistu kau pakai sexy tu bukan salah 1 menjatuhkan maruah jugak ke? Please think before you speak . Sorry aku tak backup Sophia. Tanya jee hiks
Sll je menyalak NH ni!!! Sudah2 la sibuk psl org. Ko Tu pun Ada anak dara. Sedar sikit.
Sll je menyalak NH ni!!! Sudah2 la sibuk psl org. Ko Tu pun Ada anak dara. Sedar sikit.
Dia ni kaki gossip tul kan tiap kali kluo gossip ada beberapa kerat retis yg rajin sngt nk ulas mcm laa diorg tu live perfect sngt?! Rilek2 sudah laa org tau laa ko mmg xde tarikan sexy or beauty jd mmg xde sapa nk skandal dgn ko pun!!!!
Sebab takde pelakon lelaki pernah tergoda or syok kat hang, dats y ko cakap mcm tu. Ko tu lg nampak murahan pakai seksi seksi pdhal muka nan hado ajer.. ko jaga laki ko dahla. Jgn nak menyibuk hal orang. Nti anak pompuan ko belakon syok kat laki org baru setepek kena kat btg hidung ko.
Ntah nye mcm lebih kpd dengki sbb dia tu taklawa pun.pakai je sexy kot.risau la job byk pelakon baru caras.tu yg panas.tk abis2 brown sugar is sexy la sgt..huduh berkarat adela.tkyah nk tutup kekurangan la.mmg putihh yg akan lagi menyerlah.contohnye sofia tu.
Sedap mulut jer mengata orang sahih ke cerita tu? Ada dgar pgakuan dari Sofeah ke? Kita baru dgar dari sebelah pihak terus percaya bulat2 terus jatuhkan hukuman ganti kerja tuhan
Mcm bgus jer minah nie?? Dpt kifarah bru tau??
cinta yg sampai kena tangkap khalwat dan didenda mahkamah? tak ke awak rasa maruah awak murah?
Kau tak perlu cakap pasal “maruah murahan”. Kau search je nama kau dekat google. Banyak sangat gossip kau time dulu2. Siap masuk cerita panas di melodi? takkan tak ingat? Time tu mana maruah hang abil oiii??? Didik anak cucu sendiri sudah. Tak perlu jaja cerita orang lain. Kain sendiri koyak rabak tak sedar.
abil tak pyh la bg pdpt ek. Wlpn ko ni plakon ksukaan aku, tp dlm bab ni. Ko baik duduk diam2. Jodoh org kita taktau. Klu dh tkdirnya dkt lokasi, nk bt mcmna. Btw apa yg mngarut? fattah dgn fazura elok je aku tgk. bcnta dkt lokasi juga..Dhla jgn sibuk jga psl org. ko tak suka cinta lokasi, ko pnya psl.
Maaflah abil ye…kenapa awak tak pernah ada gossip cinta lokasi ke, skandal ke, pelakor ke…sbb apa? Sbb mungkin rupa paras awak tak capai standard utk laki2 miang jadikan awak skandal dia. Sbb tu lah awak tak pernah ada gossip camtu.
..biarlah netizen je buat keje komen komen kondem kondem ni..artis takyah..buat bergaduh sesama sendiri je nanti..ahaks..