Cinta Laura, bintang Indonesia yang pernah menjadi salah satu bahan pertelagahan Malaysia & Indonesia kini mempunyai akaun Facebook & Twitter rasmi yang beliau daftakan sendiri.

Ini adalah kerana sejak akhir-akhir ini, terdapat pelbagai pihak yang menyamar sebagai Cinta Laura melalui blog atau akaun Facebook & mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak ada kena mengena dengan Cinta Laura.


Cinta Laura mendakwa penyamaran melalui Facebook juga agak dahsyat apabila hampir 500 akaun di’buka atas nama beliau. Semuanya adalah akaun palsu yang tidak di’ketahui motif sebenar.

Jika anda peminat selebriti berwajah manis ini, ketemukan Cinta Laura di Facebook dengan nama Herdiana Soekarseno Kiehl dan akaun Twitter rasmi Cinta Laura adalah @xcintakiehlx.