fbpx

Cinta Intan Najuwa, Bekas Tunang Berputik Kembali?

Hubungan cintanya cintanya dengan bekas tunang, Razrul Anwar Rusli, yang dikatakan sudah berputik kembali, bagaimanapun, Intan Najuwa enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai hal peribadinya itu.

Menurut Intan, apa yang terjadi sebelum ini banyak mengajarnya dan dia kini mengambil pendedakan untuk merahsiakan hak peribadinya kepada umum.

BACA: Intan Najuwa Kongsi Rezeki Dengan Anak Anak Yatim

“Sebenarnya hubungan kami masih baik. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Nak ulas lebih lanjut mengenai sejauh mana hubungan kami, saya taknak komen.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya, jadi lebih baik saya simpan sendiri segala apa yang berlaku dalam hubungan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Intan berkata adalah lebih baik dia berdiam sahaja kerana banyak hati yang perlu dijaga termasuk keluarga bekas tunangnya serta meminta orang ramai mendoakan hubungan mereka.

“Lagipun ada banyak hati yang perlu dijaga seperti pihak keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi, ada baiknya saya berdiam dan ikut saja apa yang ditentukan. Doakan hubungan kami berada dalam keadaan yang baik,” katanya.

Intan mengikat tali pertunangan dengan Razrul, 40 tahun pada 18 Ogos 2019 namun hubungan mereka putusa pada Februari 2020.

Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Intan dilihat ada memuat naik foto mesra bersama tunangnya itu namun tidak menjelaskan status hubungan mereka.