Baru-baru ini, pelakon Mimi Lana dilihat ada memuat naik perkongsian di Instagram sempena ulang tahun kelahiran bekas tunangnya, aktor Syafiq Kyle yang ke-32.
Menerusi perkongsian itu, Mimi menitipkan ucapan manis bahawa dia tetap mengangap Syafiq sebagai insan istimewa meskipun hubungan mereka tidak lagi seperti sebelum ini.
BACA: Syafiq Kyle Doakan Hubungan Dengan Mimi Lana Di Tanah Suci
View this post on Instagram
“Melihat foto-foto di galeri pada hari istimewa kamu memang agak menyakitkan. Walaupun masa telah berlalu tapi awak sentiasa jadi tempat saya bersandar ketika jatuh bangun,” katanya.
Turut menjadi perhatian, apabila Mimi mengatakan perasaan cintanya terhadap Syafiq tidak pernah berubah.
“Cinta ini akan sentiasa bersemadi buat kamu meskipun masa depan kita masih tidak pasti. Selamat hari lahir bintangku dan selamanya kita kembar,” tulisnya.