fbpx

Syafiq Kyle Doakan Hubungan Dengan Mimi Lana Di Tanah Suci

Baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci, pelakon Syafiq Kyle mengakui ada menyelitkan doa hubungannya dengan Mimi Lana ketika disana.

Memetik Harian Metro, Syafiq berkata hubungannya dengan Mimi kini hanya sekadar rakan dan masih berbaik namun menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

BACA: Pose Peluk Syafiq Kyle, Tracie Sinidol Jadi Perhatian

“Apabila ada pengharapan dalam hati ramai, saya harap sulamkan dengan doa. Saya pun memang tak berhenti berdoa di Tanah Suci.

“Saya pun bukan individu yang layak untuk beri kata putus tentang semua yang terjadi. Masing-masing pun dapat melihat dan untuk menghakimi pun terpulang pada masing-masing.

“Apa yang boleh cakap ialah setakat itu sahaja. Alhamdulillah kami masih berbaik dan berkawan. Untuk kata lebih pun tak berani,” katanya.

Sementara itu, Syafiq turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka. Pada Januari lalu, pengurus kepada kedua pelakon itu iaitu Iman Tan berkata kedua selebriti itu mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat baik.

“Masya-allah Alhamdulillah. Antara salah satu doa yang saya minta di Tanah Suci ialah hubungan dengan semua termasuk keluarga dan Mimi.

“Teruskan berdoa. Kalau saya yang pegang ‘button’ makbul itu mesti saya makbulkan tapi bukan saya yang pegang.

“Kita manusia, saya pun bukannya matang dan pandai sangat untuk bercakap, saya hanya boleh reda, terima dan teruskan sokong,” katanya.

SUMBER: Harian Metro