Enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan, pasangan pelakon Fattah Amin dan juga Sherry Ibrahim menjelaskan bahawa hubungan cinta di antara mereka sudah terputus di tengah jalan.
BACA: Sherry Ibrahim Jaga Solat, Lebihkan Amal Ketika Ramadhan
“Sebenarnya hubungan kami sudah lama renggang. Bagaimanapun kami berpisah secara baik. Hingga kini kami masih berkawan tambahan pula kami berada di bawah pengurusan sama. Saya anggap sudah bukan jodoh kami untuk melangkah ke fasa seterusnya”
“Soal kami berpisah terlalu peribadi untuk dikongsi. Kami juga pernah berbincang dan berusaha menyelamatkan hubungan ini. “Namun kami tiada jodoh dan perlu reda berdepan situasi ini. Siapa pula kita untuk menolak ketentuan Ilahi,” kongsinya kepada BH Online.
Bagaimanapun, menurut Fattah, mereka kini masih kekal sebagai kawan malah turut mendoakan agar Sherry akan terus maju dalam setiap perkara yang diceburinya. (rtky/s)