fbpx

Cinta Berputik Di GV7, Bad Indigo & Ashira Nikah Mac Ini

Siapa sangka pertemuan di program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada Oktober lalu membawa Bad Indigo dan Ashira ke jenjang pelamin.

Hampir 10 tahun menduda, Bad mengakui jatuh cinta pada Ashira saat kali pertama bertentang mata. Bad berkata dia terpikat dengan sikap kelakar dan penyayang Ashira. Malah, dia turut senang dengan sikap Ashira yang sentiasa mengambil berat tentang orang lain.

BACA: Cliff Umar Juara Gegar Vaganza 7, Bawa Pulang RM100,000

“Kali pertama berjumpa Ashira, hati saya terus jatuh cinta pandang pertama kepadanya. Kami mula berkenalan ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza tahun lalu dan daripada situ kami jadi rapat dan saling bertukar nombor telefon.

“Sikap kelakar dan penyayang Ashira merupakan antara sebab saya jadi lagi terpaut padanya. Bukan sahaja dengan saya, dengan orang lain pun saya nampak dia seorang yang sangat mengambil berat,” katanya.

Bersedia untuk memperisterikan Ashira selewatnya pada Mac ini, Bad yang mempunyai sepasang cahaya mata berkata anak-anaknya menerima baik kehadiran Ashira.

“Kami dah hantar borang permohonan nikah secara online dan sekarang tunggu jawapan daripada JAIS. Sekiranya terdapat kekosongan slot pada bulan Mac nanti.

“Alhamdulillah, kedua-dua anak saya mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan Ashira begitu juga saya dengan anaknya,”

Bad yang juga pernah mendirikan rumahtangga pada 2007 namun bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 12 dan 11 tahun.

Ashira pula merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun hasil perkahwinan terdahulu.