Baru-baru ini hangat diperkatakan gosip mengenai anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B dikatakan sudah mempunyai kekasih, pelakon baru, Aniq Suhair mengakui hubungan mereka rapat sejak berlakon bersama.
Menurut pelakon berusia 20 tahun yang juga pelakon Lelaki Lingkungan Cinta, dia selesa berkawan dengan Cik B kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh gadis berusia 15 tahun itu. Malah, Aniq menyifatkan Cik B seorang yang baik hati dan sopan santun.
BACA: Kongsi Gambar Boyfriend, Netizen Ucap Tahniah Pada Cik B
“Kamu mula kenal dan berkawan sejak penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta. Memandangkan kami banyak babak bersama, jadi daripada situlah kami mula berkawan rapat.
“Walaupun Cik B nampak pendiam tapi sebenarnya di set penggambaran dia suka bergurau. Contohnya dia pick up line dan saya suka berbalas pick up line dengan dia.
“Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Cik B kerana dia seorang gadis yang sweet, baik hati, sopan santun dan mudah bergaul,” katanya.
Mengulas mengenai stataus Cik B memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa gambar bersama, Aniq minta peminat tidak ambil serius kerana ia hanyalah gurauan sesama teman.
“Saya harap orang luar tidak lihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini.
“Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan. Sejujurnya kami memang selalu bergurau dan berborak macam-macam topik,” katanya.