fbpx

Sejak semalam tular di media sosial gambar penyanyi dan pelakon Chubb-E bersama seorang wanita seksi. Difahamkan, gambar itu merupakan sedutan daripada muzik video terbarunya berjudul Rambang.

Bagaimanapun, adegan panas itu terpaksa dipotong daripada MV berkenaan. Menurut Chubb-E penampilan wanita separuh bogel itu adalah idea ibunya sendiri.

BACA: Tiada Aksi Lucah, Chubb-E Tak Sentuh Wanita Separuh Bogel Dalam MV

Katanya lagi, keluarganya mengetahui apa yang dilakukannya lebih-lebih lagi berkaitan kerjayanya. Malah, dia meletakkan harapan tinggi agar babak itu ditayangkan.

“Saya memang berharap babak itu ada adalam MV sebab ia idea asal ibu saya. Dia yang beri idea untuk babak tersebut dan ibu juga mendapatkan model wanita dari Ukraine itu.

“Apa yang saya tunjukkan, netizen tak suka ke apa memang semuanya keluarga saya tahu. Saya tak akan buat sesuatu yang keluarga tak suka,” katanya.

Dalam pada itu Chubb-E berkata sebelum ini penyanyi rap lain seperti Caprice dan Joe Flizzow menggunakan konsep sama dan perkara itu tidak patut dijadikan isu.

“Memang agak sedih bila babak tersebut terpaksa disunting dan dibuang. Ikutkan memang dah rancang nak jadikan ia salah satu gimik selepas dilancarkan.

“Kami rakam MV itu awal bulan Februari lalu sebelum timbulnya isu Zul Ariffin. Bila dah jadi isu, terpaksalah buang. Ikutkan bagi saya tak ada masalah pun babak itu.

“Sekarang netizen sensitif, kadang-kadang sensitif tak bertempat. Tapi saya pelik, bila babak itu ada dalam MV, netizen geram pula. Bila ada, kena kecam,” katanya.