fbpx

Chef Wan Hilang Sabar Sikap Pemalas Saudara Mara Balik Kampung

Lebih tepat sebenarnya sikap pemalas kaum keluarga yang pulang ke kampung. Tidur dan tinggal di rumah nenek atau datuk di kampung tetapi tidak mahu ringan tulang untuk membantu apa yang patut, lebih seronok untuk mengadap TV atau lebih teruk leka bermain telefon.

Masalah ini sebenarnya semua keluarga pernah alami, mesti ada sesetengah dari mereka yang memang tidak sedar yang pada hari raya inilah masa untuk sama sama menolong di dapur atau mengemas rumah — Chef Wan meluahkan rasa tidak puas hati beliau baru baru ini di Instagram.

Chef Wan Hilang Sabar Sikap Pemalas Saudara Mara Balik Kampung - ROTIKAYA

Mengirimkan luahan hati beliau bersama sekeping gambar saudara mara yang masih berlingkar tidur walaupun sudah hampir tengahari, Chef Wan terkilan dengan sikap mereka yang hanay tahu tidur dan bangun untuk makan juadah yang terlah terhidang tanpa rasa bersalah.

“By 9AM dah tak tahan lagi mula la mulut saya mengharuk satu rumah which like a yearly affair. Bangun bangun rasa nak sepak sepak sahaja manusia yang malas ini dari membuta sehingga matahari tu suluh ke jubur”

“Ada yang tak mandi lagi dah mengadap TV pagi buta tergolek macam ikan buntal dah tak laku”

“I told my mother loud and clear and menyindir (tetapi) faham ke muka muka tebal yang tak tahu malu ni. Rumah ni bukan hotel ada barua to run around to feed some of them 3 meals a day!,” luah Chef Wan tentang perangai segelintir keluarganya di hari raya.

“I am sure I am not the only one in Malaysia facing this issue with all this lazy and useless people. They are like parasite in our life. As far as I am concern mampus kau org la tak suka aku pun yang salah tetap salah. Ubah la sikap pemalas tu!” tambahnya lagi. (rtky/m)