Hey selamat kembali ke meja masing masing selamat cukup lama bercuti. Jangan lupa untuk semak halaman sebelum ini, anda tertinggal banyak. Kerja boleh di’layan kemudian.

Chef Wan bukan seorang selebriti yang asing dalam mengacarakan program sendiri tetapi kali ini bunyi’nya seakan satu kelainan.

Selepas mencipta nama — juga kontroversi menerusi tugasan beliau sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM), Astro tunjuk minat untuk terus bekerjasama.

Menerusi kenyataan tidak rasmi di laman Facebook beliau, Chef Wan mengatakan yang Astro sudah tampil dengan idea untuk beliau terbitkan satu program memasak dengan konsep bual bicara.

Menurut kenyataan yang sama, Chef Wan berkata program beliau nanti akan mempunyai konsep ala Rachael Ray yang popular di saluran televisyen CBS Amerika Syarikat.