Mengakui ini merupakan kali ketujuh beliau bakal mengerjakan umrah namun Rozita Che Wan ada sebab tersendiri untuk teruja menunaikan umrah kali ini kerana ianya pertama kali bersama Zain Saidin dan mereka pergi untuk tunaikan nazar.
“Dulu masa lepas kahwin kita ada bernazar, kalau mengandung nak pergi umrah. Insya-Allah kami akan bertolak sekitar pertengahan Februari dan pulang pada awal Mac. Kami gunakan duit sendiri untuk umrah ini,” ujar Che Ta seperti dilaporkan Mangga Online.
BACA: Rozita Che Wan Sedia Untuk Hamil Lagi & Mahu Anak Jadi Ustazah
Che Ta bagaimana pun berkata yang anak mereka Aaisyah Dhia Rana tidak akan ikut serta dalam misi mengerjakan umrah kali ini kerana bimbang kesihatan anaknya ekoran banyak pembinaan yang sedang giat dijalankan di Tanah Suci ketika ini.
“Kalau cakap pasal rindu, memanglah rindu bila fikir nak tinggalkan Aaisyah. Semalam pun semasa kami pergi jemputan kahwin, kami dok teringat-ingatkan Aaisyah sebab tak bawa dia bersama”
“Tapi biasanya, bila dah sampai di Tanah Suci Mekah, kita tidak ingat apa dah sebab fokus pada amal ibadat saja,” tambah Che Ta lagi. (rtky/m)