fbpx

Che Ta Nafi Rumah Tangga Di Ambang Perceraian

Pelakon jelita Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan menafikan rumah tangga­nya dengan suami, Zain Saidin kini di ambang perceraian.

Che Ta berkata tiada sebab hubungan rumah tangga mereka bergolak hanya kerana jarang berkongsi foto di media sosial.

BACA: Bawa Watak Wanita Tua, Che Ta Nafi Nak Berlakon Jadi Cantik Saja

“Masya-Allah mana ada. Pasal apa nak bercerai, orang tu nak Zain ke? Baru semalam kami sembahyang tarawih anak-beranak.

“Zain memang jarang nak ambil gambar pun. Dia bukan macam saya. Tengok sendiri akaun Instagram dia memang bukan jenis rajin upload gambar pun,” katanya.

Mengakui perkahwinan memang ada pasang surut, bagaimanapun hubungannya dengan suami baik-baik sahaja dan tiada masalah.

“Saya pun pelik keluar cerita macam ini. Kami tak bergaduh pun. Kami dah faham pera­ngai masing-masing. Jadi, tiada masalah.

‘Kami baru sahaja selesai mencari sampin raya. Kami dalam perjalanan nak pergi berbuka puasa di rumah adik saya,” katanya.

Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.