fbpx

Che Ta Masih Sayangkan Dunia Lakonan

Melihat bidang seni sebagai satu platform terbaik untuk mempromosikan perniagaan keluarannya, Rozita Che Wan akui masih belum bersedia untuk berhenti berlakon walaupun suami, Zain Saidin mahu dirinya fokus kepada bidang perniagaan sahaja. Pun begitu, Che Ta hormati dan hargai pandangan suaminya itu yang prihatin tentang pengurusan kehidupannya.

BACA: Zain Saidin: Che Ta Tak Perlu Berlakon, Tumpu Perniagaan

“Saya lihat dunia seni ini sebagai landasan untuk terus mempromosikan diri dan produk. Pengaruhnya cukup kuat. Saya sangat realistik dalam hal itu malah tidak mungkin berhenti berlakon secara drastik. Memang Zain sangat prihatin. Saranannya supaya saya menumpukan saja perhatian terhadap perniagaan cukup saya hormati dan hargai”

“Apa pun saya sangat realistik berhubung perkara ini dan tidak mungkin akan meninggalkan kerjaya lakonan secara drastik. Sekarang ini pun saya sudah memperlahankan langkah dengan berlakon dengan produksi yang saya sudah biasa,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung luahan Zain Saidin yang mencadangkan beliau untuk berhenti berlakon.

Manakala menyentuh soal kerjaya seni pula, Che Ta berpendapat bahawa bidang lakonan bukan sekadar tempat untuk mengejar glamor semata, tanpa usaha dan niat yang betul kesenangan tidak akan datang bergolek dengan sendirinya. Tambahnya lagi, bidang lakonan juga bukan sesuatu yang mudah namun dirinya tidak pernah menyesal memilih dunia itu.

Sebelum ini, Zain ada menyatakan hasratnya untuk melihat isterinya memilih bidang perniagaan sebagai fokus utamanya pada ketika ini kerana melihatkan nama Che Ta yang sudah pun kukuh didalam bidang seni sehinggakan beliau tidak perlu berlakon lagi. Selain itu, Che Ta juga dapat menumpukan perhatian untuk meluangkan masa bersama keluarga. (rkty/w)