Che Ta Hilang Banyak Kontrak Lepas Viral Isu Hutang

Pelakon Rozita Che Wan mengakui susulan tidak membayar hutang pinjaman Majlis Amanah Rakyat memberi kesan terhadap kerjaya seninya.

Memetik Oh Bulan, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata susulan isu tersebut dia kehilangan beberapa kontrak, malah ada yang sebelum ini sudah setuju namun membatalkan kerjasama.

BACA: Che Ta Dah Bayar Hutang Mara RM550,000

Bagaimanapun, Che Ta meluahkan rasa syukur masih ada rezeki buatnya apabila jenama pakaian dan tudung terkenal Ariani Luxe sudi mengambilnya sebagai wajah untuk koleksi hijab premium.

“Saya harapkan kolaborasi ini akan memberi impak kepada Ariani. Rezeki untuk saya.

“Di saat isu (hutang) sedang panas, banyak jenama yang sebelum ini sudah setuju, tapi kemudian berlalu. Tapi Ariani memberikan peluang kepada saya untuk berada di sini,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, rumah Che Ta diserbu pegawai MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Namun, difahamkan Che Ta sudah pun membayar bayaran tertunggak pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM550,000 sekitar hujung Disember lalu.

SUMBER: Oh Bulan