fbpx

Pereka Fesyen Dedah Ukuran Badan Che Ta Paling Sempurna

Walaupun sudah berusia 45 tahun, pelakon Rozita Che Wan masih lagi kelihatan cantik mengalahkan anak dara. Potongan badannya masih kekal langsing walaupun sudah memiliki tiga cahaya mata. Memang ramai wanita yang makan hati dengan kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh Che Ta.

Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini mendedahkan ukuran badan Che Ta yang tidak pernah berubah sejak menggayakan pakaiannya 13 tahun lalu.

BACA: Che Ta Bengang Peminat Marah A.Aida Kahwin Lelaki Muda

Menjawab beberapa soalan daripada pengikutnya menerusi fungsi pertanyaan yang diperkenalkan di Instagram Story, Rizman memberitahu Che Ta merupakan artis yang mempunyai bentuk badan paling sempurna sama seperti ukuran patung.

“Che Ta selebriti pertama yang mengayakan rekaan Rizman Ruzaini dan sejak itu ukuran badannya tidak pernah berubah. Sudah 13 tahun dan perfect fit on mennequin (ukuran sempurna pada patung),” tulisnya.

Dalam pada itu, Che Ta turut membalas kenyataan dari pereka fesyen itu dengan meluahkan rasa terharu dengan pujian tersebut.

Pereka fesyen terkenal tanah air itu juga turut mendedahkan baju pertama yang direka oleh mereka ketika masih lagi menuntut di universiti dihasilkan untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza.