Che Ta Dikecam Pakai Cermin Mata Hitam Di Majlis Aafiyah
Sebut je nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Sejak semalam, nama Che Ta menjadi bualan ramai apabila penampilannya ke majlis hari jadi Siti Aafiyah dikritik netizen.
Ramai yang mepersoalkan malah turut mengecam mengapa Che Ta memakai cermin mata hitam sedangkan majlis tersebut diadakan di dalam hotel bukan di kawasan terbuka. Tidak kurang juga ada yang mengkritik Che Ta terlalu over.
BACA: Che Ta Tuntut Bekas Pemandu Minta Maaf Sebelum 6 Petang
Bagaimanapun, Che Ta tampil mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa dia terpaksa memakai cermin mata hitam kerana mengalami sakit mata
“Sebenarnya, sudah beberapa hari saya sakit mata. Namun, disebabkan sudah berjanji dengan pihak pengurusan Siti selain menghormati jemputan, saya penuhi juga.
“Saya memang berbesar hati hendak memeriahkan majlis. Cuma, sebelum pergi, saya memikirkan bagaimana mahu memenuhi jemputan dengan mata yang sakit. Hinggalah teman baik saya menyarankan memakai cermin mata gelap.
“Saya tahu, mungkin ada yang rasa janggal saya bergaya begitu. Tidak mengapa, apa yang penting, Allah tahu niat saya.
“Cuba kalau ada artis lain melaram dengan memakai cermin mata gelap di acara anugerah pada sebelah malam… Ada tak yang cakap itu dan ini?” katanya kepada BH Online.
Kalau dah nama selebriti, setiap tindak tanduk pasti akan menjadi perhatian ramai. Bukan itu sahaja, penampilan dari atas hingga bawah turut akan diperhatikan. Ada saja serba tak kena di mata netizen.
- SUMBER
- BH Online
Sakit mata nmpk dato k ke… hihi
Entah.. merosakan majlis org je ingat Lady Gagak ke?
mcm badut pencen tersesat masok majlis org dah. memang nmpk ridicolous dan nonsense!
kan, semua elok je bergambo tetiber muka dia dan spek. dah la majlis indoor .. spoil lah nek.
Whatever lah, x relevan pun nenek!
Asal mata da tumbuh katarak keeeee huhuhu.. Faktor umur kot… Tanya je.. Kang kene saman pulookkk
Rasanya dah pernah pakai spek ni last year.. Xkn sakit mata jugak.
Aii bukan dulu ada konflik ke ngn siti.kata siti tknk salam dia dulu awai2 masa tgh kontroversi gossip datuk k ngn cheta.masa awal2 setaun dua siti kawin.time tu che ta meletop lagi.free hair and tdela ganyut cam skrg.
Dah bebaik ke jahh? Btw datuk k pun tk minat dah kat makcik tu.tua kot.kalau baru bngun tido pengsan.
Gosip tu xberasas la. Ko pun bengong percaya. Puihh.. kaki layan gosip sampah sarap!
Tk berasas apenye bongok.ada temubual melodisi che ta ni yg cite.dia sendiri yg cite and jwb mayb siti salah faham sbb dg gossip .igt aku bodo piang main belasah jeke
Macam batman lego or ninja lego aku nampak
…
Fashion Don’t
Dct n Jehan nampak relax and natural thus nampak sweet sgt .
Che Ta nampak trying too hard but did not hit IT…
dia sakit mata laa..korang ni …tu pun nak jadi bahan membawang
Sakit mata duduk la rumah! Kang jangkit .
Kalu sakit mana pun jgn nmpk mcm badut. Nk jadi badut .. buat betul2
dah la tu nek.. nk tergelak pun ada nk kasi penampar pun ada….
Tenggelam terus birthday party si aafiah, nek Ta plk yg jadi attractive. Che Ta jadi badut pun sanggup asal menonjol, motif.
Che ta takut bertentang mata dgn datuk k. Ada wat slh lh tu blkg tokti.
Da dpt driver baru ke nekta..