fbpx

Che Ta Dedah Bayar Cukai LHDN RM50,000

Perkongsian pelakon Rozita Che Wan mendedahkan dia sudah membayar cukai sebanyak RM50,000 dipercayai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai pembayaran cukai berkenaan.

BACA: Che Ta Dah Bayar Hutang Mara RM550,000

“Selesai dah baki tahun lepas punya. Bayar cukai ni memang sampai mati wei,” katanya.

Memetik Kosmo, sebelum ini sumber memberitahu mengenai notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam kerana gagalmenjelaskan cukai LHDN.

Bagaimanapun, Che Ta tidak tahu menahu mengenai penyebaran notis tersebut serta memaklumkan tiada masalah dengan LHDN kerana konsiten membuat bayaran setiap bulan.

SUMBER: Kosmo