Che Ta Bengang Netizen Kutuk Wajah Fathia Latiff

Baru-baru ini tular video memaparkan pelakon Fathia Latiff menghadiri acara rumah terbuka pelakon Rozita Che Wan. Namun apa yang menjadi perhatian wajah aktres itu dikatakan lebih berusia daripada umur sebenar.

Memetik mStar Online, Rozita atau mesra disapa Che Ta bengang apabila netizen mengutuk wajah Fathia serta tidak sangka ada yang tergamak meninggalkan komen berbaur face shaming terhadap aktres itu.

BACA: Netizen Terkejut Tengok Wajah Sebenar Fathia Latiff

Sementara itu, Che Ta turut meminta individu yang mengata Fathia supaya melihat cermin sebelum menghina wajah orang lain.

“Saya terkejut apabila gambar kami bersama menjadi kecaman netizen. Tak baiklah, jangan face shaming. Saya teringin nak tengok muka orang yang selalu mengata tu…kau cantik macam mana? Lawa macam Fathia tak?

“Kadang-kadang yang mengata tu tak pernah tengok cermin. Muka kau pun macam siku saja,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta turut meluahkan rasa simpati terhadap Fathia yang sering dikecam netizen serta memohon orang ramai memberikan sokongan dan doa buat aktres itu.

“Kita tak tahu apa yang dia lalui. Kita tak tahu apa yang membuatkan dia jadi seperti itu. mungkin kerana kekecewaan atau tidak mempunyai sokongan. 

“Siapa pun kawan saya, saya okay saja. Kalau mereka berada dalam keadaan tidak stabil atau ada masalah, kita kena sentiasa sokog dan bersama dia,” katanya.

SUMBER: mStar Online