fbpx

Che Ta Belum Sedia Tambah Anak

Setelah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin telah meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ketiga semalam di sebuah hotel di ibu negara. Manakala apabila ditanyakan soal anak, Che Ta memberitahu dirinya masih belum bersedia untuk menambah cahaya mata lagi walaupun suaminya teringin mempunyai seorang lagi anak.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Hari Jadi Anak Kedua Che Ta

“Rasa macam baharu semalam kami melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah, saya mendoakan semoga kebahagiaan ini akan berpanjangan. Jika diikutkan, selepas melahirkan Aaisyah, saya diminta hamil lagi. Zain hendak seorang lagi anak yang akan meneruskan legasi keluarga kami. Tapi, jujurnya, saya belum terfikir ke arah itu,” katanya kepada Berita Harian Online.

Seperti kebiasaan dilakukan oleh keluarga comel ini, Che Ta dan Zain dilihat memuat naik beberapa gambar sesi fotografi mereka yang terbaru, bak pengantin yang baru berkahwin. Dalam masa yang sama, sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ketiga juga, pasangan ini telah meluangkan masa sepanjang minggu ini di hotel terkemuka Kuala Lumpur.

Terdahulu pula, Che Ta juga sempat menyambut ulangtahun kelahiran anak lelaki keduanya, Aniq Ezzra dengan meriahnya, juga di hotel sama tempat mereka bersantai. Dengan ini kami kongsikan juga beberapa gambar romantis Che Ta dan Zain. Enjoice! (rkty/w)