fbpx

Che Ta Bakal Raikan Hari Jadi Anak Di Santorini

Jika tahun lepas Rozita Che Wan memberikan hadiah berupa sebuah jam tangan mewah pada hari kelahiran anaknya, Ammar Effendy, kali ini pula beliau merancang untuk menyambut hari lahir anaknya itu di salah satu destinasi pelancongan terkenal iaitu Santorini, Greece. Mengikut perancangan, Che Ta sekeluarga bakal berangkat ke negara itu pada hujung bulan depan.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

BACA: Che Ta Tak Kisah Dikritik Menunjuk Punca MPV Dicuri

“Lokasi itu adalah pilihan Ammar sendiri untuk meraikan hari lahirnya kali ini. Selepas penat bekerja dan sibuk mengembangkan perniagaan sedia ada, percutian ke luar negara adalah untuk berehat bersama keluarga. Kami sekeluarga berangkat pada penghujung bulan depan. Sebelum itu, kami sekeluarga akan bercuti ke Sydney, Australia awal bulan depan”

“Jika pada tahun terdahulu, saya memberi hadiah kepadanya sebuah jam tangan mewah, kali ini pula saya masih belum memberitahu kepadanya lagi,” katanya kepada Harian Metro mengenai kejutan hadiah hari jadi buat anaknya selepas menerima jam tangan mewah jenama, Bell & Ross pada ulangtahun kelahiran anaknya, Ammar Effendy pada tahun lepas.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sesetengah pihak yang tidak senang dengan cara Che Ta memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan, namun bagi beliau segala kemewahan serta hadiah mahal yang diberikan kepada semua anaknya adalah untuk menunjukkan kasih sayang beliau sebagai seorang ibu terhadap anaknya disamping mahukan yang terbaik untuk mereka.

Terdahulu, pada hari ulangtahun kelahiran Ammar pada tahun lepas, sebuah majlis yang penuh gilang gemilang telah diadakan bagi meraikan harijadi beliau yang ke 19. Majlis yang diadakan dengan meriah dan besar-besaran itu turut dihadiri oleh rakan-rakan selebriti yang lain selain menerima hadiah sebuah jam tangah mewah daripada ibunya. (rkty/w)