fbpx

Chacha Maembong Dikejar Peminat Fanatik, Diajak Kahwin

Pelakon Chacha Maembong mendedahkan dia pernah berdepan detik mencemaskan apabila dikejar peminat fanatik ketika menyertai acara jualan karnival di Kedah beberapa bulan lalu.

Memetik Harian Metro, Chacha menyifatkan insiden tersebut hampir sama dengan apa dilalui pelakon Kamal Adli yang diserang baru-baru ini.

BACA: Chacha Maembong Sedih Belum Kahwin, Penat Bercinta Tapi Asyik Tak Jadi

Berkongsi lanjut, Chacha berkata lelaki tersebut terlalu fanatik sehingga sanggup datang ke gerai jualannya serta memanggilnya sebagai isteri.

“Saya kena teruk cuma tak beritahu sesiapa sebelum ini. Bukan setakat diekori, malah saya kena macam-macam lagi. Dia tanya pasal keluarga. Saya rasa tak selamat sampai dia tahu kita duduk mana. Saya masuk kereta dan dia ikut dengan keretanya.

“Ada satu tahap sampai dia panggil saya sebagai isteri. Saya sedang masak di gerai, dia tiba-tiba datang dan kata, oh my wife, cantiknya, you pandai masak dan macam-macam lagi,” katanya.

Chacha berkata dia sudah pun membuat laporan polis namun perkara itu masih belum selesai. Apa yang mengejutkan lelaki itu sudah pun berkahwin serta mengatakan isterinya membenarkannya berkahwin dengan peklakon itu.

“Masa buat laporan polis, dia DM di Instagram. Rupanya selama ini dia dah lama sangat DM saya. Dia dah berkahwin tapi katanya dapat lampu hijau daripada isteri untuk kahwin dengan saya.

“Dia kacau semua keluarga saya. Dia tak takut dengan laporan polis. Bila ada lagi acara di Kedah, dia datang lagi dan tunggu betul-betul di belakang gerai sampaikan saya jadi takut.

“Saya terduduk di gerai dan badan menggeletar serta pengsan. Memang terkejut kerana dia tak takut pun dengan laporan polis. Bayangkan sanggup datang lagi dan berani sampai masuk dalam khemah,” katanya.

Dalam pada itu, Chacha berkata dia tidak menyalahkan pihak penganjur di atas insiden yang berlaku pada dirinya.