fbpx

Chacha Maembong Sedih Belum Kahwin, Penat Bercinta Tapi Asyik Tak Jadi

Pelakon Chacha Maembong mengakui ada masanya dia serik untuk untuk menjalin hubungan cinta kerana sudah beberapa kali putus cinta sebelum ini.

Memetik Utusan, Chacha berkata dia kini tidak meletakkan soal jodoh sebagai keutamaan dan mahu memberi fokus pada kerjaya seni.

BACA: Menjerit Minta Salam Di Pagi Raya, Chacha Maembong Digigit Anak Emma

“Bunyi macam klise bukan kalau saya sebut nak fokus pada kerjaya? Tapi itulah hakikatnya sebab saya selama ini dah banyak buang masa.

“Sekarang nak cari rezeki, bila dah ada rezeki dan dah boleh bahagiakan keluarga, belikan mak ayah rumah, kereta, baru saya fikir nak kahwin,” katanya.

Kata Chacha lagi, dia mangakui sedih apabila dia seorang sahaja belum berkahwin dan penat kerana sebelum ini banyak membuang masa dengan hubungan cinta yang tidak menjadi.

“Penatlah bercinta. Bagai nak rak pun tidak ke mana juga. Kalau ada jodoh selepas ini pun, saya tak nak fikir tentang diri sendiri dah. Kalau ada lelaki yang nak masuk meminang, dia okey dan kedua belah keluarga pun okey, jalan saja.

“Masa muda dah banyak buang masa jadi sekarang saya nak cari rezeki saja. Ada jodoh datang di sela waktu, kalau itulah takdirnya, saya terima.

“Ingat tak sedihkah bila kenangkan diri saya seorang saja yang belum kahwin dalam kalangan adik-beradik. Sunyi tu ada, sedih itu ada, tapi nak buat macam mana, inilah namanya hidup bukan?” katanya.

Dalam pada itu, Chacha berkata dia akan memaklumkan berita gembira itu kepada umum jika benar jodohnya sampai kelak.