fbpx

Ceramah Disekat, Ustaz Kazim Mahu Jual Pusat Tahfiz

Dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook baru baru ini, peceramah bebas terenal Ustaz Kazim Elias menyatakan hasrat untuk melepaskan atau menjual Kompleks Darul Barakah yang menjadi pusat tahfiz kendalian beliau selama ini.

Ustaz Kazim Elias mendakwa ada usaha dari pihak tertentu yang mahu menyekat beliau dari terus memberikan ceramah sekaligus menjejaskan peruntukan untuk pusat tahfiz itu yang selama ini bergantung kepada bayaran hasil ceramah beliau.

“Pembiayaan sekolah ini adalah dari hasil kuliah dan ceramah saya setiap hari Kalau ada usaha menyekat ceramah bagaimana saya ingin meneruskan sekolah yang memerlukan dana yg besar”

“Setiap hari memikir dan susah hati nasib pelajar pelajar daripada anak yatim, warga emas sehinggalah muallaf yang menetap dan belajar di sini. Kalau saya tak mampu lagi saya minta maaf banyak banyak,” tulis Ustaz Kazim Elias.

Pusat tahfiz itu kini ditawarkan kepada sesiapa yang berminat dengan harga permulaan RM5,000,000 yang pastinya boleh dirunding. Penceramah itu juga menghargai sebarang sumbangan ikhlas untuk meneruskan operasi pusat tahfiz itu. (rtky/m)