fbpx

Cepat Tukar Kad Lama AEON Kepada Kad Baru Sebelum 31 Disember Ini!

Perhatian! Kepada anda yang selalu shopping di AEON tu cepat-cepat tukar kad lama anda kepada kad baru AEON Member Plus Visa Card sebelum 31 Disember ini. Masuk jer 2021, kad AEON lama yang anda guna sekarang tu dah tak boleh guna tau. Jadi cepat pergi tukar sekarang.

Anda boleh kumpul Mata Ganjaran AEON dengan kad Keahlian baru mulai 1 Januari 2021. Hanya valid untuk kad baru saja, kad lama memang tak boleh guna lagi okay.

Jadi, tukar sekarang untuk tebus mata ganjaran AEON yang sah! Anda juga boleh dapatkan Baucar AEON dan nikmati juga pengecualian untuk yuran tahunan bila dah tukar kad baharu nanti!

Tanpa yuran pendaftaran yer. Pergi jer kaunter perkhidmatan ahli AEON tu, nanti mereka akan assist anda. Tak lama pun nak tukar. Kejap jer.

Dengan kad baru ni, fungsinya lebih bagus dan mudah. Dan boleh dapat ganjaran yang lagi banyak. Anda check out kat bawah ni:
1. Satu untuk semua! Okay kad baru ni boleh digunakan di semua AEON, AEON BiG, AEON Maxvalu Prime dan AEON Wellness untuk dapatkan mata ganjaran.
2. Anda boleh jer topup melalui AEON Wallet App ataupun pergi jer kat juruwang.
3. Ganjaran mata berganda.
4. Dapatkan mata ganjaran yang boleh ditukar menjadi wang tunai ke dalam kad.
5. Lebih selamat. Gunakan di semua retails, restoran, penghantaran makanan dalam talian, membeli-belah dalam talian dan lain-lain.

Lebih Banyak Ganjaran!

Bila anda tukar kepada kad baru, AEON Member Plus Visa Card, anda anda dapat lebih banyak ganjaran bila dah jadi member nanti. Dan paling best anda boleh bayar melalui kad baru ni. Kalau ada duit dalam kad tu memang lagi senang nak shopping. Hulur jer kad, potong terus. Fungsinya macam guna debit card. Cashless gituh.

Lepas ni tak payah dah bawa cash nak pergi mana mana. Bawa saja AEON Member Plus Visa Card ni shopping dengan senang hati. Tapi pastikan duit dalam kad tu mencukupi tau. Jangan buat malu shopping itu ini bagai nak rak tapi duit dalam kad tak ada.

Lepas ni bolehlah anda topup sikit-sikit duit dalam kad ni sebab kami tahu ramai yang malas nak bawa cash banyak banyak dalam purse kan? Bawa kad ni rasa selamat sikit sebab ada pin diperlukan. Kalau tak ada pin pun bahaya jugak.

Ingat! Tukar kad baru sebelum 31 Disember ini yer. Bagitahu jugak rakan-rakan anda tu.

Klik SINI untuk maklumat lanjut.