fbpx

CEO Pusat Perubatan Ucap Selamat Jadi Ibu Bapa, Uqasha Senrose Hamil? 

Baru-baru ini, tular video daripada satu hospital swasta yang terletak di Kajang yang berkongsikan kehadiran pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

Difahamkan, video itu dimuat naik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni Judi pertemuannya dengan pasangan tersebut. 

BACA: Dituduh Bergambar Terlalu Rapat Dengan UAI, Ini Jawapan Uqasha Senrose

@datuksaronijudi

Selamat datang Kamal dan Ukasha. Selamat menjadi ibu bapa.

? Ikatan Asmara – Baby Shima & Fairuz Misran

Namun apa yang menjadi perhatian ramai kapsyen oleh doktor berkenaan yang mengalu-alukan kehadiran mereka serta memberi bayangan pasangan itu bakal menjadi ibu bapa.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya adakah aktres itu sedang hamil dan ramai yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan rasmi daripada Uqasha sendiri mengenai berita tersebut.

Sebelum ini, Uqasha berkongsikan dia mengalami keguguran sebanyak dua kali selepas tiga tahun mendirikan rumah. 

Uqasha berkata keguguran berlaku ketika dia mengalami tempoh haid yang panjang serta tidak mengetahui dirinya hamil.