fbpx

Cedera Tulang Belakang, Hafiz Suip Tidak Boleh Menyanyi?

Berikutan sakit tulang belakang yang dialaminya, ada khabar angin yang mendakwa penyanyi Hafiz Suip tidak dibenarkan untuk melakukan persembahan kerana akan memberi impak kepada kecederaan tulang belakang yang dialaminya.

BACA: Hafiz Suip Selamat Bertunang Bersama Pilihan Hati

“Janganlah tutup punca rezeki saya dengan mengatakan saya tidak boleh menyanyi lagi. Doktor masih memberikan kebenaran untuk saya menyanyi namun tidak boleh bergerak terlalu aktif dan sebagainya ketika membuat persembahan”

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada saya walaupun saya berada dalam keadaan kesakitan namun masih diberikan kekuatan untuk terus memperjuangkan kerjaya saya,” kata Hafiz kepada Berita Harian menafikan perkara tersebut.

Sebelum ini, Hafiz dikhabarkan perlu menjalani rawatan susulan mengenai kecederaan tulang belakangnya. Rawatan tersebut adalah bertujuan untuk Hafiz memastikan masalah sama tidak berulang lagi dan menjadi lebih teruk.

“Dalam jangka masa setahun ini saya akur berulang alik ke hospital demi kesihatan saya. Namun jangan serik untuk memanggil saya untuk menyanyi kerana kecederaan adalah di belakang dan tidak memberi kesan kepada suara saya,” gurau Hafiz.

Selain tidak bersetuju dengan andaian bahawa popularitinya akan pudar selepas kahwin, Hafiz percaya mendirikan rumah tangga adalah satu perkara yang sangat baik dan sebagai artis, dirinya akan sentiasa menjadi milik peminat.

“Perkahwinan bermaksud mulalah kehidupan baru saya. Saya juga sedang melatih diri untuk menjadi lebih matang dan bertanggungjawab untuk membimbing isteri saya nanti,” kata Hafiz. (rtky/syfq)