fbpx

Catat Rating Tinggi, Atomic Blonde Bakal Pecah Panggung!

Melihatkan rating yang tinggi diberikan oleh laman web di luar negara terhadap filem ini, ternyata Atomic Blonde mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda, Atomic Blonde merupakan sebuah filem penuh aksi di mana teraju utamanya adalah seorang wanita.

Kami kongsikan dengan trailer pendek filem tersebut di akhir artikel ini, tapi sebelum itu, kami ingin kongsikan beberapa perkara menarik tentang filem ini.

Bila anda baca, baru anda tahu keperitan pelakon-pelakon filem ini mengharungi pelbagai cabaran dalam memberikan aksi yang terbaik.

Filem Arahan David Lietch

Okay, David Lietch ini merupakan pengarah filem John Wick dan juga Deadpool 2 yang akan datang. Tengok barisan filem yang arahannya sebelum ini pun kita dah tahu memang confirm akan ada aksi patah leher punya.

Tunggak Utama Adalah Wanita

Ya, betul. Filem ini diungguli oleh oleh pelakon ternama Hollywood, Charlize Theron yang membawakan watak Lorraine Broughton. Jaga-jaga, aksi Charlize dalam filem ini bukan main main!

Gigi Charlize Theron Kena Cabut Dari Akar

Selaku watak utama sebuah filem yang penuh dengan aksi dan ingin mendapatkan babak aksi dengan meyakinkan, Charlize Theron perlu menghadiri latihan kira-kira 2 bulan setengah. Namun nasib tak menyebelahinya kerana kakinya terseliuh. Selain itu beliau juga terpaksa melakukan pembedahan akar gigi.

Brek Tangan Tak Berfungsi

Apa anda akan rasa jika brek tangan kereta yang anda naiki tiba tiba tidak berfungsi? Itulah yang dihadapi pelakon lelaki filem ini, James McAvoy. Nyaris terlibat dalam kecederaan serius, pelakon berkenaan berjaya memberhentikan kenderaan tersebut dengan melanggar dinding.

Bukan mudah bukan untuk menghasilkan filem aksi penuh berkualiti? Jom layan trailer pendek filem Atomic Blonde ini. Rasa sesak nafas bila tengok leher lelaki penjahat itu terjerut.