Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila isteri kepada Cat Farish iaitu Suriani Hassan mendakwa diceraikan penyanyi dan pelakon itu pada 13 Disember lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Malah, Suriani berkata dia juga tertanya-tanya serta terkejut apabila selebriti itu melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.


BACA: Isteri Dakwa Cat Farish Lafaz Cerai 3 Kali

Memetik Astro Gempak, Cat mengakui dia masih menyayangi Suariani dan merindui anak-anak kepada isterinya. Ujarnya lagi, tiada siapa yang berkahwin mahu bercerai.

“Siapa kata tak sayang, mestilah sayang. Sepanjang perkahwinan, kami tak ada pun bergaduh sangat, cuma ada la beberapa part yang tak setuju. Sejujurnya saya pun rindu anak-anak.

“Dua tahun saya luangkan masa bersama keluarga saya. Bila jadi macam ini, saya jadi terfikir betul ke kami bergaduh… jadi tanda tanya. Yela, siapa kahwin nak cerai kan. Benda ini jadi terlalu pantas dan mengejut,” katanya.


Berkongsikan mengenai kejadian yang berlaku, Cat berkata ketika itu berlaku sedikit pertengkaran sehingga dia melafazkan cerai terhadap isterinya sebanyak tiga kali serta mengakui mempunyai tabiat cakap berulang kali.

“Lafaz yang saya ucapkan itu sebanyak tiga kali. Saya ini jenis suka ulang cakap, jadi ketika itu lafaz tu berulang kali disebut. Kawan-kawan ada bagi saya video ceramah UIA mengenai talak.

“Ikutkan yang saya faham, tetap sekali talak dan ia sah namun berdosa. Tapi apa-apa pun kena tunggu apa keputusan mahkamah nanti untuk lebih jelas,” katanya.

Cat dan Suriani mendirikan rumah tangga pada 20 November 2020 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada 2016. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar,11