fbpx

Semalam, ketika membaca Twitter mencari gossip yang boleh kami kongsikan bersama anda, terlihat satu tweet dari Cat Farish tentang keadaan semasa beliau.

Cat Farish telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) minggu lalu akibat tekanan darah tinggi dan berada di’sana beberapa hari.

Gambar di’sebelah wartawan kami terima ketika Cat Farish sudah pun keluar dari Unit Rawatan Rapi dan di’pindahkan ke wad biasa ekoran keadaan beliau yang semakin stabil.

Semoga Cat Farish akan lebih cepat sembuh untuk meneruskan kerjaya beliau yang kini semakin sibuk dengan projek 1MalaysiaTV. Dan, kalau anda berminat untuk melawat, Cat Farish kini berada di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.