fbpx

Cari Reda Allah, Oktovia Manrose Kini Berhijab

Sejak kebelakangan ini, makin ramai selebriti berhijrah dengan membuat keputusan untuk berhijab. Rupanya dalam diam, pelakon Oktovia Manrose sudah pun berhijab sejak Aidilfitri lalu.

Memilih untuk tidak menggembar-gemburkan mengenai penghijrahannya itu, kakak kepada Aprena Manrose itu berkata keputusannya untuk berhijab itu adalah kerana Allah.

BACA: “Vaksin Tak Wajib, Jangan Ada Double Standard”

“Sebenarnya, saya segan dan tidak terlalu terbuka berkongsi soal penghijrahan. Saya lakukannya kerana Allah SWT.

“Ya, saya mengesahkan sudah bertudung. Cukuplah komen ringkas, selebihnya saya harap terus istiqamah dalam perjalanan kehidupan baharu ini,” katanya.

Oktovia turut meluahkan rasa syukur segala tuntutan kerjaya seninya sudah pun diselesaikan dan kini mahu fokus untuk beribadah serta mencari keredaan Allah.

“Semua tugasan lakonan sudah diselesaikan. Jadi, saya tidak berhutang lakonan lagi. Jika ada rezeki berlakon, saya terpaksa menangguhkan keinginan ini. Saya percaya rezeki Allah luas, insya-Allah.

“Saya ingin fokus dalam beribadah dan mencari keredaan Allah. Saya mahu memberi tumpuan memperbetulkan diri sendiri. Soal kehidupan dunia akan datang kemudian hari,” katanya.

Dalam pada itu, dia berkata mahu menjadi Oktovia yang baru dan jika masih ada rezeki dalam lakonan dia akan mempertimbangkan watak yang bersesuaian dengan imej terbarunya.