fbpx

Cara Paling Mudah Untuk Anda Langsai Hutang PTPTN!

Kalau nak cakap pasal bayar hutang memang kalau boleh semua orang nak mengelak, larilah ke hujung dunia sekalipun bila dah berhutang kenalah bayar kan. Hutang ada bermacam jenis tapi yang paling liat nak bayar pasti hutang PTPTN, biasalah dah bekerjaya kan mana nak ingat hutang masa susah dekat universiti dulu.

screen-shot-2016-10-18-at-12-33-38-pm

Tapi memandangkan sekarang zaman dah canggih, cara nak bayar hutang pun dah senang. Disebabkan kita sibuk ada cara nak buat bayaran dengan mudah, cepat dan selamat.Apa lagi melalui online lah.

Cara pembayaran pula memang mudah, sambil-sambil shopping online pun boleh buat. Tapi bagi pemegang akaun Maybank macam saya, ini langkah mudah untuk anda bayar hutang PTPTN anda:

1. Layari laman web Maybank Berhad http://www.maybank2u.com.my/. Masukkan Login ID dan Password anda kemudian pilih Bill Payment.

screen-shot-2016-10-18-at-12-00-36-pm

2. Pilih Make a one-off payment/ favourite payment (sekiranya telah masukkan sebagai favourite). Pilih Education & Education Loans. Klik Continue. Pilih PTPTN-Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan .Klik Continue.

screen-shot-2016-10-18-at-12-01-10-pm

3. Masukkan maklumat amaun: IC No atau no pinjaman atau no surat tawaran. Klik Continue. Pastikan bayaran kepada adalah betul.

screen-shot-2016-10-18-at-12-08-36-pm

4. Klik Request bagi permintaan TAC Number. TAC Number akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank.

screen-shot-2016-10-18-at-12-09-51-pm

5. Masukkan TAC Number tersebut dalam ruangan berkenaan. Klik Confirm. Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran.

Pemegang akaun bank lain jangan nak mengelak pula, pembayaran pinjaman melalui perbankan internet juga boleh dilakukan menerusi portal bank CIMB Clicks, Public Bank, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN), Pos Online, Agro Bank, RHB Bank dan AmBank. Jadi jangan nak buat-buat tak tahu!

Ceritanya anda duduk dimana sekalipun tiada alasan lagi untuk mengelak bayar hutang yang berlonggok itu. Kalau agak-agak rasa malas, cubalah ingat kembali bagaimana gigih anda menghantar permohonan pinjaman PTPTN masa belajar dulu. Ingat jika anda tidak bayar hutang, generasi akan datang akan menerima padahnya.

Tapi jangan lupa sebelum membuat sebarang transaksi, anda perlu tahu nombor pinjaman anda. Kalau ada yang lupa atau memang tak pernah ambil tahu, hubungi sahaja talian Careline PTPTN: 03 – 2193 3000 untuk sebarang pertanyaan. Nak tahu lebih lanjut, layari portal rasmi mereka: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-secara- online.

Selamat membayar hutang!