fbpx

Caprice Nak Ajar Anak Tiri Cakap Bahasa Inggeris, Perancis

Selepas 40 hari menyepi, penyanyi rap sensasi Caprice kembali aktif di Instagram selepas bergelar suami kepada Farra Inalis semalam.

Menerusi satu perkongsian terbaru pagi tadi, Caprice turut memuat naik gambar isteri serta anak tirinya buat tatapan para peminat.

BACA: Caprice Bergelar Suami, Pilih Ibu Tunggal Anak Satu

Bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa, Caprice berkata dia akan mengajar anak tirinya, Aleesya Sofea itu berbahasa Inggeris dan Perancis.

“Selamat pagi, gang dah kahwin komen di bawah. Saya akan ajar dia (anak tiri) bahasa Inggeris dan Perancis. Shushu,” tulisnya.

Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta mendoakan rumah tangga penyanyi itu kekal bahagia.

Semalam, Caprice mengejutkan ramai apabila selamat bernikah dengan wanita pilihan hati Farra Inalis, yang juga merupakan ibu tunggal anak satu berasal dari Kelantan.