fbpx

Caprice Nafi Dakwaan Tepis Tangan Ebit Lew

Menerusi sidang media semalam, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut mengulas seperti ada yang tidak kena di hujung pertemuannya dengan Caprice.

Ebit berkata dia mengajak Caprice makan namun ditolak. Apabila mahu bersalam dan mahu memeluknya, Ceprice sudah lain macam. Ketika mahu menepuk dadanya, Ebit mendakwa Caprice menepis tangannya.

BACA: “Saya Banyak Buat Dosa, Tapi Tak Pernah Tipu Atau Fitnah Jika Berkaitan Islam”

“Saya ajak makan tiba-tiba dia kata tak nak makan, saya dah hairan. Dia nak salam saya, dia suruh saya doa.

“Saya salam macam biasa seperti sebelum ini. Apabila peluk tu dia macam dah lain sikit dah, macam dia tolak sikit. Saya tepuk dada dia, tiba-tiba dia tepis tangan saya,” katanya.

Pendedahan Ebit itu mendapat respon Caprice yang memuat naik satu entri di Instagram menafikan dakwaan pendakwah berkenaan serta berkongsikan video pertemuan tersebut dan tidak berlaku seperti dikatakan.

“Pelik.. Boleh scroll ke bawah (merujuk video yang dimuat naiknya). Dalam video, saya sudah terang-terang ustaz peluk, tepuk dada, nak tinggal cium pipi je.

“Kalau benda kecil pun boleh tipu apa lagi benda besar. InsyaAllah peguam saya sudah mengarahkan supaya tidak menjelaskan satu persatu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, Caprice tampil mengakui banyak melakukan dosa dan banyak perkara tentang agama perlu di pelajari. Namun, dia tidak pernah menipu lebih-lebih lagi berkiaitan agama.

Caprice berkata dia akan tetap meneruskan perjuangan ummah bukan hanya di Palestin tetapi di seluruh dunia serta bersedia untuk membela diri di mahkamah petunjuk Allah.