fbpx

Caprice, Fara Inalis Selamat Timang Cahaya Mata

Tahniah diucapkan buat penyanyi rap, Caprice apabila isterinya, Farra Inalis selamat melahirkan cahaya mata hari ini.

Perkhabaran gambira itu dikongsikan oleh Caprice menerusi Instagram miliknya petang tadi namun tidak dikongsikan jantina bayinya itu.

BACA: “Kalau Tak Ada Caprice Dekat Malaysia Susah, Kita Tak Perlu Polis”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menerusi entri itu, Caprice turut berkongsikan video memaparkan dia sedang memegang cahaya matanya itu.

Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat penyanyi itu dan isterinya.

Untuk rekod, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November 2022. Farra turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.